Juara #AJL35 - Gila Nyanyian Kaka Azraff Penuh dengan Mesej



Juara #AJL35 - Gila Nyanyian Kaka Azraff Penuh dengan Mesej 
| Terjawab sudah teka - teki siapakah gerangan Juara #AJL35 tahun ni. Agak tak sangka bila lagu " Gila" dinobatkan sebagai juara! Lepas huda dengar lagu ni betul-betul baru hadam mesej tersirat dan memang layak pun menang! 



Juara #AJL35 - Gila Nyanyian Kaka Azraff Penuh dengan Mesej Tersirat

 
Lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong ini diberikan susunan muzik bercitarasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. Kira lagu ni memang "IN" lah orang kata...

Lagu ini bukan sekadar hiburan kosong yer, tetapi Lagu ‘GILA’ ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. 

Senikata disusun dengan susunan ayat mudah namun puitis yang membawa makna yang deep.....


Apa Cerita di sebalik Lagu GILA ??


‘GILA’ menceritakan tentang kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut dan terus kental menjalani kehidupan.

 Memang kena dengan jiwa semua orang kan, lama dah kita terperap kerana COVID durjana....

Lirik Lagu GILA 

Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Noki)
Gila terkurung terlalu lama
Minda ku tak terbuka
Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia
Dunia yang nyata ternyata
Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar
Ya baru nak mula tapi jantung berdebar
Aku takut aku jatuh aku sangat takut
Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila
Mereka tidak tahu apa yang ku rasa
Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna
Putaran bumi pun aku boleh rasa
Sampai masanya kita jumpa diluar sana

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung




Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Loca B)
Aku laila dan dunia ni majnun
Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung
Kepala tak sehati
Hati ku tak sekepala
Yakin ku lupa diri
Dalam mengejar dunia

Ya ia tinggi janji ikut resmi
Semakin kantung berisi
Semakin berat graviti
Aku tanggung sakit sendiri

Hayat dikandung badan
Diri ku sayang
Janji ku pada diri ku akan terus berjalan
Bukan bayangan tiada lagi khayalan
Ku jauh dari ketakutan

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

......

Okay, tahniah pada juara dan semua pemenang #AJL35. Memang best layan AJL malam ni, berbaloi dok depan TV. 

Senarai Pemenang AJL 35
Juara AJL35 (RM50,000) - Gila (Kaka Azraff, Noki & Tuju)
Naib Juara (RM35,000) - Semalam (Aina Abdul)
Tempat Ketiga (RM20,000) - Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)
Vokal Terbaik (RM12,000) - Gundah (Ernie Zakri)
Persembahan Terbaik (RM12,000) - Eh (Zizi Kirana)


Post a Comment

0 Comments