Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan.



Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan. | Kalau korang follow huda dari awal tahun,  mesti tahu, tahun 2021 ni huda memang target nak bawa anak-anak camping. Sejak awal tahun dah keluarkan budget shopping barang camping di Shopee. Alhamdulillah, weekend yang lepas tercapai wishlist 2021, nak bercamping dan BBQ sambil lepak depan unggun api. Rasa macam mimpi, impian anak-anak sudah menjadi realiti. Misi nak cari campsite yang lengkap segala kemudahan dan selamat sudah terlaksana. 

Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan.

Lokasi Campsite Mesra Keluarga di Terengganu



Sebagai parent, bab travel huda memang akan pilih yang mesra keluarga. Nak bercuti, kena pastikan anak-anak enjoy baru lah percutian jadi best! Huda memang search tempat camping yang terbaik untuk keselesaan dan juga keselamatan anak-anak. 



Lokasi campsite yang huda pilih untuk camping dan bermalam diluar buat pertama kali dalam hidup anak-anak adalah di D’Nest yang terletak di dalam Dungun Escapade Resort.

Campsite ini terletak di tepi sungai Dungun dan juga berhampiran dengan D’nest




Sebelum Check-in ke campsite, huda perlu isi borang untuk setiap orang dalam keluarga yang akan bermalam di campsite. 

Lepas settle isi borang, terus menuju ke campsite. Teruja yer tengok ada tapak unggun api di tengah-tengah, view sungai yang mendamaikan dan juga sebatang pokok besar yang memberi efek dramatik gitu.




Kemudahan di Campsite 

- Guarded Campsite 
- Toilet dan Shower
- BBQ pit 
- Camp Fire
- Plug Elektrik 
- Ampaian Baju 




Harga dan Pakej Camping




Pengalaman Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort


Seronok! Dari mula jejak kaki sampai lah nak balik. Memang rasa nak repeat lagi. Kami sampai sini dalam pukul 5 petang. Kemas-kemas barang masuk dalam khemah dan solat asar. Dan ready nak buat aktiviti yang pertama….

Aktiviti yang kami lakukan di sini adalah :-

1) Swimming




2) BBQ Dinner Campfire




Di sini ada pakej untuk tempahan makanan. Dengan harga RM 28 per pax untuk dewasa, makanan untuk BBQ akan di hantar di campsite. Tinggal kita nak masak sendiri jer.



Unggun api pula, ada staff yang datang dan set up. Dalam 3 kali staff datang untuk tambah kayu api. The Arifs memang syok main depan unggun api sampai tengah malam diorang lepak depan unggun api. Huda sebenarnya rasa sebak.. sebab dah berjuta kali rasanya Arif cakap dia nak camping ada bonfire…. dan impian dia sudah tercapai. Syukur…



3) Sunrise Breakfast Tepi Sungai



Di sini tiada pakej breakfast, jadi huda stand by awal-awal bekal roti dan buah pisang.

Sambil breakfast layan view sunrise yang sangat cantik di tepi sungai. Ya Allah… seronoknyer bila ingat balik moment ni…




4) Main Bola




Selepas breakfast, suami dan anak-anak beriadah main bola depan campsite. Huda sibuk mengemas khemah dan ready untuk check out awal sebab lepas ni nak buat aktiviti di D’Nest. 


 D’Nest - Ropes Course Tower  & Zipline Adventure





Aktiviti paling di nanti! Seawal pukul 10 pagi, kami pergi ke office D’Nest untuk dengar briefing tentang keselamatan sebelum lakukan aktiviti mencabar di D’Nest.




Terdapat 3 Level dengan jumlah 30 laluan halangan di setiap level di sini. Level pertama , Beginner course sesuai untuk kanak-kanak dengan syarat ketinggian 120 cm ke atas. Alhamdulillah,anak-anak lepas syarat dan boleh buat aktiviti di level Beginner.




Anak-anak lelaki kan lasak. Seronok tengok bila satu-satu laluan halangan berjaya di tempuhi.









Encik suami berjaya juga lengkapkan all course sampai di atas tu. Huda memang tak buat aktiviti di tower sebab sibuk tengokkan The Arifs main di bahagian bawah ni.


Zipline






Di sini kita berpeluang buat Zipline sepanjang 400 meter di 200 meter dari tower A ke tower B, kemudian berpatah balik ke tower A. Dengan ketinggian 10 meter dan juga tiupan angin agak kuat sebab lokasi di tepi sungai memang agak mencabar, namun view di sini sangat-sangat best!

Promosi D’Nest



Untuk maklumat lanjut dan tempahan untuk stay di campsite dan lakukan aktiviti lasak di D'Nest boleh 019-9316130


Lokasi menarik untuk spend family time bersama! Kami pasti repeat datang sini lagi!!












Post a Comment

29 Comments

afizlatif said…
Menarik sangat !!!!
Tekkaus said…
Wow! Not only glamping you will also be able to enjoy zip-lining experience over here right. Amazing experience indeed.
Ezna Khalili said…
Wow bestnyer tempat ni. Dungun ni tempat sis belajar dulu. Pernah glamping kat Janda Baik tapi takde aktiviti macam zipline bagai. Mandi sungai je ada.
Fadima Mooneira said…
Wow.......looks like a good place for glamping. I like all the activities provided. Btw, I just read your profile. Do you also do service for editing, beta & proof reading? Just asking. But pls HMU.
Atie Zieya said…
bestnya activities mcm ni dgn family.. anak2 pun enjoy kan... teringgin nak pergi glamping mcm ni tapi still tak berkesempatan
tike mik said…
For many campers this is pure fun. Some parents feel that learning to be competitive at an early age teaches essential survival skills. However, other parents and educators are in favor of cooperative learning. Camping Legends
Nina Mirza said…
Wah... Seronoknya! Dah lama teringin nak bawak anak2 bercuti macam ni. Tamat PKP akna ku terjah!
Marina Bashah said…
Bestnye tempat dia. Lapang
Seronoknya! Teringin sangat nak camping ramai-ramai dengan family tapi semua duduk jauh-jauh. Hope you enjoy the trip sis!
Mohd Zarin said…
Wah.. luas betul tempat dia.. macam-macam aktiviti bole dibuat. Tapi saya tengok tempat campfire dia memang cantik la.. kalau lepak malam-malam sambil bbq mesti sedap
Tiara Sapphire said…
bestnya tempat ni. bukan setakat camping je macam-macam akktiviti boleh buat dgn family. memang berbaloi :)
Bae Roslan said…
bestnya camping rindu sangat nak camping..best gak kat sini. banyak aktiviti
ummie zarra said…
Wahhhh bestnya camping macam ni dengan family. Glamping pun ada view pun menarik. Tak pernah lagi camping dengan family
Seronoknya tempat ni. Sangat sesuai untuk percutian keluarga. Glamping pun ada.
Sis Lin said…
Masa pergi Dungun jalan-jalan dengan Suami, ada nampak tempat ni, tapi ye laa takde anak kecil, so lalu aje laaa.. bila tengok review Huda, waa menarik pulak yaaa.. nanti nak share dengan anak Sis.. kot one day boleh camping di sini...
Bila ada.kemudahan mmg seronok staycation kat tempat mcm ni. Anak3 pun teruja sama
Kitkat Nelfei said…
Menarik ye camping kat DNest ni.. Nak try la bila dpt rentas nanti.. Serba lengkap kemudahan dia... Banyak aktiviti juga ye..
Ruby said…
MasyaAllah seronoknya tempat ni. Bukan biashe biashe eh. Siap semua aktiviti ada. Best bawa anak sekali ni. Dah lama tak camping. Last masa zaman sekolah je. Bleh la saya plan trip camping. Tq akak share.
Rawlins GLAM said…
Memang complete ye tempatnya - untuk parents dan untuk anak-anak sekali. Teringin nak glamping plak bila tengok offer ni
Marina Bashah said…
Seronok tempat camping dia. Cantik betul view dia. Rasa tenang je tengok
halimah muhiden said…
Tak tau plk Terengganu ada tpt utk bercamping di D’Nest, Dungun Escapade Resort. Memang seronok bermalam di campside dgn anak ataupun kwn2 dan lakukan mcm2 aktiviti2 lasak
saidila said…
Boleh ni datang sini bila dah dibenarkan rentas negeri . Akak sukalah pemandangan dia sangat cantik dan tenang jer. Dalam masa yang sama penuh dengan aktiviti juga. Aduiiii tak sabarnya nak travel macam dulu .
Nadia Johari said…
Tempatnya menarik betul. Semua ada, lengkap. Teringin nak camptsite, teringat dulu wkatu sekolah camp2 macam ni. Bawak anak2mesti diaorangs eronok
Aisya Ismail said…
Bestnya tempat camping ni. One day nak pergi explore kat sana lah.
Wak Lat said…
chantek je gmbr pohon sebatang tuuh.. 😅
tike mik said…
Thinking that way is a self-fulfilling prophesy. It means that not healthy is the best you can hope for. vertical diet review
adianiez AIDA said…
wah, seronok.
aida google for camping stories, landing sini. tq for sharing pengalaman.
next weekend gonna be my 1st camping experience tau.
in shaa Allah. moga cuaca elok dan nyaman.
tu yg dok google baca pengalaman kawan-kawan blogger.