Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan. | Kalau korang follow huda dari awal tahun, mesti tahu, tahun 2021 ni huda memang target nak bawa anak-anak camping. Sejak awal tahun dah keluarkan budget shopping barang camping di Shopee. Alhamdulillah, weekend yang lepas tercapai wishlist 2021, nak bercamping dan BBQ sambil lepak depan unggun api. Rasa macam mimpi, impian anak-anak sudah menjadi realiti. Misi nak cari campsite yang lengkap segala kemudahan dan selamat sudah terlaksana.
Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan.
Lokasi Campsite Mesra Keluarga di Terengganu
Sebagai parent, bab travel huda memang akan pilih yang mesra keluarga. Nak bercuti, kena pastikan anak-anak enjoy baru lah percutian jadi best! Huda memang search tempat camping yang terbaik untuk keselesaan dan juga keselamatan anak-anak.
Lokasi campsite yang huda pilih untuk camping dan bermalam diluar buat pertama kali dalam hidup anak-anak adalah di D’Nest yang terletak di dalam Dungun Escapade Resort.
Campsite ini terletak di tepi sungai Dungun dan juga berhampiran dengan D’nest
Sebelum Check-in ke campsite, huda perlu isi borang untuk setiap orang dalam keluarga yang akan bermalam di campsite.
Lepas settle isi borang, terus menuju ke campsite. Teruja yer tengok ada tapak unggun api di tengah-tengah, view sungai yang mendamaikan dan juga sebatang pokok besar yang memberi efek dramatik gitu.
Kemudahan di Campsite
- Guarded Campsite
- Toilet dan Shower
- BBQ pit
- Camp Fire
- Plug Elektrik
- Ampaian Baju
Harga dan Pakej Camping
Pengalaman Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort
Seronok! Dari mula jejak kaki sampai lah nak balik. Memang rasa nak repeat lagi. Kami sampai sini dalam pukul 5 petang. Kemas-kemas barang masuk dalam khemah dan solat asar. Dan ready nak buat aktiviti yang pertama….
Aktiviti yang kami lakukan di sini adalah :-
1) Swimming
2) BBQ Dinner Campfire
Di sini ada pakej untuk tempahan makanan. Dengan harga RM 28 per pax untuk dewasa, makanan untuk BBQ akan di hantar di campsite. Tinggal kita nak masak sendiri jer.
Unggun api pula, ada staff yang datang dan set up. Dalam 3 kali staff datang untuk tambah kayu api. The Arifs memang syok main depan unggun api sampai tengah malam diorang lepak depan unggun api. Huda sebenarnya rasa sebak.. sebab dah berjuta kali rasanya Arif cakap dia nak camping ada bonfire…. dan impian dia sudah tercapai. Syukur…
3) Sunrise Breakfast Tepi Sungai
Di sini tiada pakej breakfast, jadi huda stand by awal-awal bekal roti dan buah pisang.
Sambil breakfast layan view sunrise yang sangat cantik di tepi sungai. Ya Allah… seronoknyer bila ingat balik moment ni…
4) Main Bola
Selepas breakfast, suami dan anak-anak beriadah main bola depan campsite. Huda sibuk mengemas khemah dan ready untuk check out awal sebab lepas ni nak buat aktiviti di D’Nest.
D’Nest - Ropes Course Tower & Zipline Adventure
Aktiviti paling di nanti! Seawal pukul 10 pagi, kami pergi ke office D’Nest untuk dengar briefing tentang keselamatan sebelum lakukan aktiviti mencabar di D’Nest.
Terdapat 3 Level dengan jumlah 30 laluan halangan di setiap level di sini. Level pertama , Beginner course sesuai untuk kanak-kanak dengan syarat ketinggian 120 cm ke atas. Alhamdulillah,anak-anak lepas syarat dan boleh buat aktiviti di level Beginner.
Anak-anak lelaki kan lasak. Seronok tengok bila satu-satu laluan halangan berjaya di tempuhi.
Encik suami berjaya juga lengkapkan all course sampai di atas tu. Huda memang tak buat aktiviti di tower sebab sibuk tengokkan The Arifs main di bahagian bawah ni.
Zipline
Di sini kita berpeluang buat Zipline sepanjang 400 meter di 200 meter dari tower A ke tower B, kemudian berpatah balik ke tower A. Dengan ketinggian 10 meter dan juga tiupan angin agak kuat sebab lokasi di tepi sungai memang agak mencabar, namun view di sini sangat-sangat best!
Promosi D’Nest
Untuk maklumat lanjut dan tempahan untuk stay di campsite dan lakukan aktiviti lasak di D'Nest boleh 019-9316130
Lokasi menarik untuk spend family time bersama! Kami pasti repeat datang sini lagi!!
29 Comments
kencing manis
bengkung
kurus
persediaan bersalin
aida google for camping stories, landing sini. tq for sharing pengalaman.
next weekend gonna be my 1st camping experience tau.
in shaa Allah. moga cuaca elok dan nyaman.
tu yg dok google baca pengalaman kawan-kawan blogger.