BiO-LiFE Proutix - Supplement Khas Untuk Wanita | Menjadi wanita bukan mudah. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang di galas setiap hari harus di lakukan sebaik mungkin. Maka, bab kesihatan memang huda harus jaga betul-betul! Huda memang amalkan supplement sebagai pelengkap untuk pastikan tubuh badan berfungsi dengan optimum dan huda dapat lakukan banyak perkara dengan efektif setiap hari. Huda nak kongsi satu supplement khas untuk kesihatan wanita yang patut di amalkan oleh semua wanita di luar sana.
BiO-LiFE Proutix - Supplement Khas Untuk Wanita
Dulu huda pernah alami masalah kegatalan di bahagian Miss V. Antara puncanya adalah rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam miss V dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Selain itu , pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan yang menyebabkan kegatalan.
Dalam Miss V wanita yang sihat, ia terdiri daripada keseimbangan bakteria bermanfaat yang sihat (umumnya dikuasai oleh lactobacillus) yang membantu menjaga persekitaran vagina yang sihat dan mencegah jangkitan faraj.
Probiotik Membantu Memastikan Miss V Kekal Sihat
Mengambil probiotik dapat membantu mengisi semula bakteria bermanfaat dan memulihkan keseimbangan mikrobiota vagina yang terganggu. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan oral Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 selama 4 minggu telah meningkatkan populasi lactobacillus (bakteria bermanfaat) secara signifikan dalam flora vagina.
Ia dapat membantu melindungi kesihatan vagina melalui beberapa mekanisme:
• Mengekalkan keasidan vagina pada pH 3.8-4.4 yang menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat tetapi merugikan pertumbuhan bakteria jahat
• Membentuk penghalang semula jadi terhadap bakteria jahat di permukaan dinding faraj
• Menghasilkan bahan antimikroba dan hidrogen peroksida yang membunuh bakteria jahat
Proutix™ merupakan suplemen probiotik untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Proutix™ mengandungi dua jenis strain yang telah diuji secara klinikal, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14.
Kapsul Proutix ini menggunakan pengkapsulan-mikro khas untuk melindungi kultur bakteria hidup daripada asid gastrik. Ia mampu bertahan pada garam hempedu dan hidup sepanjang saluran gastro-usus. Kapsul ini dari sumber sayuran, jadi boleh di makan tanpa was-was dan Halal.
Didalam 1 kapsul terdapat 5 bilion CFU kultur hidup ( Setiap kapsul mengandungi 2.5 bilion CFU Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan 2.5 bilion CFU Lactobacillus reuteri RC-14.)
Kelebihan Proutix
1. Disahkan halal2. Selamat untuk penggunaan jangka panjang
3. Sesuai untuk wanita hamil
4. Strain probiotik yang terbukti secara klinikal L. rhamnosus GR-1 dan L. reuteri RC-14
5. Kembalikan keseimbangan mikroflora dalam sistem urogenital wanita
6. Mengurangkan risiko mendapat ketidak selesaan urogenital
Pengalaman Selepas Mengamalkan BiO-LiFE Proutix
Alhamdulillah, rasa lebih selesa dan yakin untuk jalani hidup lebih aktif dan sihat bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Bila kita sihat, automatik kita jadi lebih ceria dan bahagia...
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di web rasmi
www.biolife.com.my
www.biolife.com.my
6 Comments