Lokasi Staycation Family Friendly Paling Menarik di Port Dickson – Lexis Hibiscus Port Dickson. | Huda tengah survey lokasi best dengan konsep family friendly untuk staycation holiday lepas habis PKP nanti. Maklumlah travel dengan anak-anak , konsep family friendly memang penting dan jadi keutamaan huda. Ada satu lokasi yang sangat-sangat best , menarik dan confirm anak-anak suka sampai lompat bintang nanti bila sampai sini. Lokasi staycation idaman huda nak bawa family nanti adalah Lexis Hibiscus Port Dickson.
Port Dickson memang lokasi terkenal untuk family staycation dengan tarikan pantai dan pelbagai aktiviti menarik. Walaupun sekarang kita masih terpaksa terperap di rumah, tak salah kalau kita bebaskan jiwa kita dengan “berjalan” survey hotel menarik di Port Dickson. Bagi huda, ia bagaikan satu terapi juga ketika PKP ni, dapat banyak masa untuk pilih hotel yang terbaik untuk family staycation. Selepas baca review , huda dah jumpa pilihan terbaik untuk bawa family bercuti nanti iaitu staycation di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Apa yang Menarik Staycation di Lexis Hibiscus Port Dickson?
Seni bina Resort Berbentuk Bunga Raya
Sambil bercuti nanti, huda boleh ajar anak-anak tentang bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang menjadi inspirasi susun atur senibina di Lexis Hibiscus Port Dickson ni. Sangat unik dan memang bersemangat Malaysia! Boleh juga ajar anak-anak nanti dengan nama-nama komponen bunga raya yang membentuk bahagian yang berbeza di sini seperti bahagian daun bunga raya di kawasan Executive Pool Villas. Jumlah bilik di sini adalah sebanyak 639 bilik dengan kolam renang peribadi yang eksklusif .
Bilik yang luas dan selesa
Aspek keselesaan antara keutamaan ketika family staycation. Seronok bila bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson adalah bilik yang luas, terasa mewah dengan kelengkapan serba serbi tip top. Dengan dua katil size Queen, sangat selesa untuk kami satu keluarga berehat dengan selesa.
Terdapat pelbagai kemudahan indoor dan juga outdoor yang menarik di sini. Antaranya adalah :-
Setelah berbulan terperap di rumah, pastinya moment dapat menatap panorama matahari terbenam ini menjadikan family staycation sangat indah dan bermakna! Lokasi Lexis Hibiscus di pantai barat selat Melaka ini menjanjikan keindahan lukisan alam matahari terbenam yang mendamaikan jiwa.
Seronok rasanya dapat luangkan masa selama 90 minit dengan pelayaran melihat matahari terbenam di Lexis Hibiscus Port Dickson. Indahnya dapat menikmati makanan ringan percuma di kapal, dan bersantai di jakuzi air masin. Pelayaran ini akan membawa kami dari Jeti Lexis Hibiscus hingga ke Teluk Kemang, di sepanjang Selat Melaka. Nikmati matahari terbenam yang menakjubkan untuk melengkapkan pengalaman yang luar biasa ini dan ianya pastinya sangat berbaloi ketika staycation di sini.
Staycation di sini akan terasa lebih mewah dengan menempah perjalanan dengan helicopter. Terdapat perkhidmatan menaiki helicopter dan nikmati perjalanan selama enam minit dan berpeluang melihat perairan biru Port Dickson dan rumah api Tanjung Tuan yang terkenal, yang dipercayai merupakan yang tertua di negara ini. Pastinya akan terpesona dengan permandangan reka bentuk seni bina yang menakjubkan dari Lexis Hibiscus dengan bentuk bunga kebangsaan Malaysia.
Tak sabar pula rasanya nak bawa anak-anak staycation ke Lexis Hibiscus Port Dickson ni. InshaAllah, semoga sinar harapan untuk kita kembali bebas bercuti di Malaysia semakin cerah dengan adanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Kemudahan Indoor dan Outdoor yang Family Friendly
Terdapat pelbagai kemudahan indoor dan juga outdoor yang menarik di sini. Antaranya adalah :-
- · Games Room - terdapat pelbagai permainan arked, seperti Meteor Shower, Merry Go Round, Ultra Fire Power, Jurassic, Air Hockey, Happy Scooter, Let’s Go dan banyak lagi.
- · Kidz World - taman permainan indoor bertema hutan, adalah tempat yang ideal untuk bersantai sambal melakukan aktiviti fizikal.
- · Starz Karaoke
- · Berbasikal
- · Water JPark
Melihat keindahan panorama matahari terbenam
Setelah berbulan terperap di rumah, pastinya moment dapat menatap panorama matahari terbenam ini menjadikan family staycation sangat indah dan bermakna! Lokasi Lexis Hibiscus di pantai barat selat Melaka ini menjanjikan keindahan lukisan alam matahari terbenam yang mendamaikan jiwa.
Menikmati Sunset di atas Cruise
Seronok rasanya dapat luangkan masa selama 90 minit dengan pelayaran melihat matahari terbenam di Lexis Hibiscus Port Dickson. Indahnya dapat menikmati makanan ringan percuma di kapal, dan bersantai di jakuzi air masin. Pelayaran ini akan membawa kami dari Jeti Lexis Hibiscus hingga ke Teluk Kemang, di sepanjang Selat Melaka. Nikmati matahari terbenam yang menakjubkan untuk melengkapkan pengalaman yang luar biasa ini dan ianya pastinya sangat berbaloi ketika staycation di sini.
Menikmati permandangan dari langit dengan naik Helikopter

14 Comments