Jom Cuba Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS! Bantu Atasi Masalah Nafas Berbau dan Karies Gigi.




Jom Cuba Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS! Bantu Atasi Masalah Nafas Berbau dan Karies Gigi.  |  Pernah tak terfikir nak gosok gigi dengan ubat gigi pudina dengan kebaikan ektrak koko? Huda nak kongsi keunikan ubat gigi jenama MISMIS yang membawa kebaikan Polifenol Koko di dalam ubat gigi yang boleh kita gunakan setiap hari. 

Jom Cuba Ubat Gigi Premium Pudina Koko MISMIS! Bantu Atasi Masalah Nafas Berbau dan Karies Gigi. 




Latarbelakang Syarikat Pertama Pengeluar Produk Penjagaan Gigi Berasaskan Ekstrak Polifenol Koko

NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa.

Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS.

 NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. 

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. 

Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. 



Apa kebaikan Polifenol Koko di dalam Ubat Gigi Mismis





Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol- tanin yang terbukti berkesan
  •  membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. 

Penambahan bahan seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E,
  •  membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut.
Tambahan pula juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.




 Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik.

Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi. 


MISMIS JUST FOR KIDS.


Mismis juga mempunyai rangkaian produk ubat gigi MISMIS JUST FOR KIDS. 

Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak kanak untuk memberus gigi. 





Menurut Puan Noormawarni Nordin, Pengarah Syarikat MISMIS
“Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ”.


MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru, anda dan keluarga mempunyai banyak pilihan menurut warna kegemaran masing-masing. 




Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak.



 Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara.

Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia.



MISMIS - Alternatif Produk Penjagaan lebih SELAMAT!

Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan.

Produk penjagaan gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. 

Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. 
Huda suka shopping di Shoppe , klik >> https://shopee.com.my/nfatech

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/. 


Post a Comment

15 Comments

Ruby said…
Kami sekeluarga memang penggemar ubat gigi tiada fluoride. Boleh la cuba mismis ni. Hehe. Ekstrak polifenol koko ni menarik juga. Terima kasih akak share.
Bae Roslan said…
comel je nama brand mismis. mensrik sebab afa untuk budak2 skali senang beli untuk sekeluarga
Rawlins GLAM said…
Rawlins memang suka ubat gigi mismis nie - tiada flouride dan buat nafas wangi. And the brush memang sesuai dengan gusi Rawlins. I love Mismis
saidila said…
uikkk first time dengar nama produk MISMIS ni , nak akak boleh cuba nih sebab macam dah boring pulak guna yang sedia ada ...sesekali nak jugak test produk baru
umminani said…
Tq huda share.. dapat tahu banyak info bagus..
Baru first time dengar jenama Mismis ni. Unik betul perisa koko tu. Bagi peminat chocolate mint, mesti suka.
Sis Lin said…
Rasa macam ada nampak kat Watsons, kalau betullah sama Mismis ni.. nanti nak belikan untuk anak sedara Sis laa.. cute sangat pakaging dia..
Cik Fafa said…
First time tahu jenama produk ni. Nampak bagus dia punya multi action toothbrush tu... Bole la kita cari kat supermarket nk cuba
Nadia Johari said…
Pernah dengar pasal produk ni. Bumiputera punya kan. Belum try lagi. Nnati nak usha online jekan beli.. Sneang. Ada macam2 jenis. Nak carikan utk anak2
Farhana Jafri said…
macam sedap je pudina dengan koko. menarik untuk kanak-kanak untuk galakkan diorang suka gosok gigi
Decamellia said…
Comelnya nama dia MISMIS. Nice lah dia guna bahan natural. Bagus, especially utk budak2. Macam nak tukar ubat gigi anak ke MISMIS laa
Rolling Grace said…
i have not heard about this brand but i am already in love with it. the packaging is super cute, i am sure my nephews will love this!
Fatin Diana said…
ada bau koko eh? senang la nak tarik anak gosok gigi. biasa budak2 susah sikit nak gosok gigi >,<
Sunshine Kelly said…
Wah ada ubat gigi perisa Pudina Koko so special, nanti nak belikan untuk anak buah juga.
Gurjeet Singh said…
Obtaining the web design right is more than barely coming up with attractive and eye-catching designs. It’s about blending the power of functionality with trendy aesthetics to tell the story about your brand in a captivating way. As the leading Web Designing Company Delhi, we at Web Solution Centre start every project with a detailed understanding of the industry and customer requirements to deliver the best-in-class web design strategy that works for your business.