Shopping di Kedai ECO Sampai 3 Angka Hari ni Demi Nak Grab Promosi Pembukaan!

Lebih sebulan , tengok banyak kali cawangan kedai ECO area rumah ni, besar kedai yer.. Memang tak sabar tau nak pergi.  Tarikh 17.12 pun tiba. Apa lagi, pukul 10 pagi dah get ready nak serbu! 

Hasil Shopping Kedai ECO 

Masuk jer kedai ECO ni, dapat free bekas sebab like dan share post tentang opening kedai baru ni. 
Kedai ECO limit 15 minit jer sorang.. 
tapi kami shopping terlebih masa..huhu. 

Masa masuk tu staff kata, shopping lebih RM100 boleh main " WIN & SPIN" . aim juga nak dapat hadiah kan. So shopping jer lah. Lagi pun memang plan nak make over dapur. 

Nah sebahagian hasil shopping 3 angka di kedai ECO hari ni..
happy sungguh rasa..
tapi kan rasa nak repeat lagi. tak cukup lagi barang nak make over dapur ni. 

Berbaloi sangat shopping di kedai ECO ni..

Menang apa WIN & SPIN? 
huhu...dapat botol air jer! 
okay lah tu. dapat gak free gift kan shopping time opening kedai ni..

Masa nak keluar dari pintu kedai,  kami anak beranak dapat aiskrim sorang satu. 
Berbaloi sungguh. The Arifs pun bukan main happy dapat aiskrim sorang satu..

Okay, nak teruskan misi make over ruang dapur dan repeat shopping lagi! hehe.. 

1 comment:

  1. Hehehe...kedai berhantu ni..akak kalau masuk nak beli 3 barang jadi 30 barang..

    ReplyDelete