Alhamdulillah, syukur. seminggu huda berjalan sempena 9th Anniversary Road Trip dari 2.12.2020 sehingga 8.12.2020. Ulang tahun kali ini sangat istimewa dan banyak moment indah untuk kami kenang sepanjang hayat. Huda catatkan di blog untuk koleksi memori peribadi untuk di kenang kembali pada masa akan datang...
Road Trip Anniversary ke 9 yang tak dapat di lupakan...
2 Disember 2020
Sebelum memulakan road trip balik ke kampung, huda penuhi jemputan majlis graduasi Adik Arif Hakim yang sudah tamat tadika. Alhamdulillah. Syukur, majlis meriah walau ketika PKPP. Ada juga kenangan untuk adik amik skrol dan pakai jubah konvo time tadika...
Lepas solat zuhur, road trip kami bermula dari Kuala Terengganu ke Muar Johor. Alhamdulillah , setelah hampir 8 jam dalam kereta, selamat sampai jumpa mak abah huda di kampung. Last jumpa time raya haji.
3 Disember 2020
Awal pagi, bawa mak shopping kat pasar. Dah niat nak belanja mak.seronok mak pilih-pilih ikan , huda yang hulur duit bayar pada peniaga di pasar.
Niat nak sambut anniversary ke 9 bersama keluarga di kampung. Tempah kek no 9 dengan along yang memang hebat buat kek. Menu pula mak nak buat nasi ambang. Jadi lepas baca Yaasin dan tahlil ringkas di malam jumaat, kami makan bersama sekeluarga nasi ambang sedulang. Lama sungguh tak makan nasi ambang, seronok betul rasa...
Lepas kenyang makan nasi, majlis potong kek pula.
Alhamdulillah, kek sedap dan cepat jer kek yer licin..hehe..
4 Disember 2020
Bawa The Arifs overnight di rumah cousin merangkap best friend dia bila balik kampung. Bukan main seronok lagi diorang main. memang riuh rumah along. Seronok sekali sekala cousin bonding time. Lepas ni nak jumpa lagi tunggu tahun depan pula..
5 Disember 2020
Aktiviti pagi di rumah Along. The Arifs main kejar-kejar dan huda main badminton. Seronok main sebab dah berbulan tak pegang reket. Lepas main pagi, sarapan outdoor di tepi rumah along. Lepas kenyang, huda dan suami balik rumah kampung, tapi The Arifs tak nak balik lagi. Jadi huda tinggalkan diorang main sampai ke petang.
Lepaskan craving nak makan siput sedut masak lemak. Beli sendiri di pasar, balik rumah siang dan bersih kemudian masak. Alhamdulillah, craving satisfied..
6 Disember 2020
Tarikh di nanti-nanti. Anniversary road trip di teruskan ke Johor Bahru! Misi utama ke JB ni nak redeem hadiah The Arifs di Legoland.
Rugi pula kalau dapat tiket free dan voucher shopping kalau tak guna kan? Jadi kami luangkan masa family bonding time di Legoland dan juga Sealife.
Dari Legoland kami terus cek in hotel di JB iaitu GBW Hotel.
7 Disember 2020
Alhamdulillah, another wishlist granted! Romantic Dine In Package dari GBW Hotel. Nanti huda share lebih details di entry akan datang yer...
Check out dari hotel agak lewat, 3.30 petang. Perjalanan mencabar dari selatan ke timur, siap dengan lalu jalan tutup kena pusing balik.
Jadi kami berhenti di Kuantan dan cek in Rest House di Kuantan. Perjalanan pulang sambung keesokan harinya...
8 Disember 2020
Awal pagi kami cek out dari rest house dan bergerak ke Pantai Gelora untuk sarapan pagi. Lepas makan kami singgah ke Teluk Cempedak. Mengimbau memori kami bercinta di sini time study di UIA Kuantan.
Perjalanan di teruskan dan sampai ke rumah pada waktu tengahari.
Alhamdulillah, a week of adventure and amazing moments. Walau penat sangat sebenar travel, campur-campur dok dalam kereta berpuluh jam.. Cukup travel jalan-jalan tahun 2020 ni. Tggu tahun depan kita making more travel memories lagi...
Alhamdulillah, walaupun PKPB , masih berpeluang rentas negeri sambut anniversary kami ke 9 dengan meriahnya.
0 Comments