Alhamdulillah, wishlist nak jejakkan kaki ke Legoland Theme Park dan Sealife Malaysia pada tahun 2020 ni tercapai. Plan asal nak pergi bulan November tapi sebab PKPB dan pergerakan merentas negeri disekat maka kami ubah pada bulan Disember. Tarikh di pilih adalah 6 hb Disember 2020, dan selepas tarikh kami kunjungi Legoland, keluar pula notis Legoland Theme Park dan Sealife di tutup sementara sehingga 20 Disember. Fuh, kalau dah rezeki memang pasti ada kan? Kalau kami tangguh sehari lagi memang hancur lah harapan. Syukur Allah izinkan kami sekeluarga jejakkan kaki ke Legoland tiga tahun berturut-turut.
Pengalaman ke Legoland Theme Park dan Sealife Malaysia Ketika PKPP
Sekarang dah takde pamplet untuk map. kena scan QR Code atau refer map macam ni.. Dulu syok, The Arifs pegang map sorang satu , pick nak teroka part mana...
Kunjungan ke Legoland dan Sealife kali ni adalah untuk tebus hadiah saguhati join contest anjuran Legoland ketika PKP pada bulan Mac yang lalu. Legoland bagi masa sehingga bulan ini sahaja untuk tebus hadiah. Alhamdulillah, murah betul rezeki The Arifs, tiket masuk ke Legoland Themepark dan Sealife PERCUMA! Huda dan suami juga bertuah sebab kami masuk ke Legoland dengan tiket buy one free one. Jadi jimat banyak lah trip ke Legoland. ( Ikutkan 2 tahun berturut yang lalu lagi jimat sebab semua fully sponsored) .
Urusan di kaunter masuk untuk redeem agak lama juga, lebih 15 minit rasanya. Tunggu staff cek nama , cari hadiah saguhati dan tukar baucer hadiah kepada tiket masuk.
Dalam hampir jam 11 pagi baru kami mula berjalan-jalan meneroka Legoland Themepark. Sudah kali keempat kami jejakkan kaki ke sini, sudah hafal setiap laluan nak ke mana. Dulu terasa luas sangat Legoland Themepark ni, tapi trip kali ni rasa macam takde lah luas mana , hehe…
Trip kami ni agak bosan sebab banyak rides tak available, restoren favourite kami juga tutup.
Ride pertama kami naik adalah Boat. Waktu dah mula panas time ni. Anak-anak mula menunjukkan rasa lapar. Habis satu ride , kami naik train pula. Lepas turun dari train terus berpatah balik ke bahagian depan pintu masuk, sebab hanya restoren di area sana yang ada nasi. Lunch haruslah makan nasi kan, nak sambung berjalan sampai ke petang di sini.
Ini menu paling murah kami beli. RM 30 harga asal, tapi promosi bayar guna TnG dapat RM 25 per set. Time tu juga huda top up TnG . Kalau boleh jimat kenapa nak membazir betul tak? Okay lah sedap dan kenyang makan.
Siap makan teruskan berjalan menuju ke Imagination. The Arifs main lego dan buat jadi kereta kemudian berlumba di trek yang di sediakan. Habis main, terus solat zuhur, sebab surau berdekatan dengan kawasan ni. Habis solat tonton wayang 5D. Hmm, tidak seperti dulu. Tiada percikan air, effect angin pun tak terasa . Mungkin kah Legoland budget dah sekarang, effect langsung tak sama macam tahun lepas..
Adik hakim minta nak main di Adventure Land. Namun malangnya tempat dia nak pergi tu tutup. The Arifs kurang excited nak naik rides lain. Jadi kami terus melangkah keluar dan lalui miniland. Ambil gambar sikit-sikit jer sebab panas.
Keluar Legoland Themepark kami masuk ke Sealife Malaysia!
Pengalaman Pertama The Arifs Masuk Sealife Malaysia
Teruja! Sebab pengalaman pertama The Arifs masuk Sealife Malaysia. Huda dan suami pernah masuk tahun lepas sebelum dibuka sepenuhnya atas tiket media ketika tu. Boleh baca pengalaman kami tahun lepas di SINI.
Sealife Malaysia ini dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang. Jadi sebaik-baiknya rancang masuk ke Legoland Theme park dahulu baru ke Sealife Malaysia, kerana waktu operasinya extra 1 jam berbanding Theme Park.
Sealife Malaysia ada 2 tingkat. Ada certain aquarium ada staff yang jaga dan bagi penerangan. Memang bagus trip ke Sealife ni, bukan sekadar tengok ikan tapi penuh informasi. Mainan interactive juga banyak! Memang lama lah The Arifs main di sini.
Port bergambar pula memang semua cantik2! Menyesal tak bawa kamera , tertinggal dalam kereta! Nak pergi amik, jauh sangat parking. Redha jer la amik gambar guna kamera phone sahaja.
Jom layan gambar-gambar yang sempat huda snap di sini.
Anak-anak enjoy dan request nak datang sini lagi tahun depan. InshaAllah murah rezeki tahun depan kita cek in hotel Legoland dan pergi waterpark Legoland pula.
Penutup jalan-jalan makan angin 2020. Tak sabar nak sambung misi jalan-jalan dengan The Arifs tahun 2021 teroka tempat baru !
27 Comments
Tapi nasib baik jugakan dapat pergi bawa anak-anak.. cuma masa Sis pergi tu Sealife tutup.. anak-anak memang seronok kalau datang sini kan...
Best air purifier in malaysia
Cara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
10 top reasons you should take medical course.
Etiqa Tripcare 360
Etiqa Tripcare 360 takaful
Tripcare 360
protection plan
insurans
Pokok tumbang atas kereta, bolehkan anda buat tuntutan insurans takaful?
Idea belanja diri sendiri tanpa keluar duit.