December to Remember : Pengsan Sebab Makan Ubat Painkiller?



Episod bermula hanya kerana sakit gigi. Sehari dua mula berdenyut. Seperti biasa kalau huda tak tahan sakit, painkiller sahaja di telan. Entah berapa banyak painkiller huda dah telan bulan ni, campur time period pain, time migrain dan tambah pula sakit gigi penghujung tahun 2020 ni. So far makan painkiller tak pernah hadapi masalah. Namun, mungkin terlalu kerap kesannya mula terasa... 

December to Remember : Pengsan Sebab Makan Ubat Painkiller?

21.12.2020

Sakit gigi yang tak mampu di tanggung. Pergi ke klinik gigi, dapatkan rawatan dan bawa balik ubat painkiller dan antibiotik. Makan seperti yang di sarankan oleh doktor gigi. 

22 .12. 2020

Kesan ubat mula terasa. Sakit gigi hilang, sakit pula mendatang... 

Sementara tunggu azan isyak, masuk sekejap ofis. siapkan editing video produk review. Tiba-tiba rasa sakit sangat. Mula bahagian tepi abdomen, kemudian pedih ulu hati. kemudian rasa loya. mujur suami di sebelah, minta dia pimpin, sebab rasa tak larat nak duduk, nak baring masuk bilik. Last sekali huda ingat bangun dari kerusi. Namun sedar-sedar, tengok anak-anak tanya mama kenapa... suami pula panik semacam. 

Fuh rupanya, lepas huda bangun dari kerusi, terus pengsan. Mujur pengsan dalam dakapan suami. Macam dalam drama plak kan? 

Suami cerita lepas huda bangun, terus slow2 dia pegang terasa berat sampai lah terduduk di lantai . Kemudian nampak mata huda dah ke atas. Badan pula kekejangan. Rasa macam pertama kali huda fainting and having seizure... 

Serius sangat takut. Something wrong with me? or medication effects? 

Terus encik suami consult dengan kazen dia yang ahli farmasi tentang ubat yang huda makan. Juga consult dengan adik dia yang doktor. 

Lepas dapat consultation, dapat kesimpulan yang huda alami gastritis sebab Ponstan ( Mefenamic acid)
 
Painkiller yang huda makan ni, sebabkan huda alami acute gastritis. Sakit gastrik teruk , buatkan huda mual, tak larat, abdominal pain.  Pengsan tu sebab huda ubah posisi dari duduk ke diri dengan cepat.  Huda ada masalah low blood pressure, campur pula tengah sakit ni.  Dan lagi satu dinner , huda makan Wrap yang penuh sayur yang menyumbang kepada gas terbentuk dalam perut.  lagi lah rasa bloating dan loya. 

Terus huda take note, jangan lagi amik pain killer... 
Manage pain dengan alternative method contohnya teknik breathing.. 

Ya Allah, sesungguhnya huda sangat takut. memori huda ingat lepas huda sedar dari pengsan , tengok anak-anak dan suami yang kerisauan.  Masa huda sedar semula, rasa macam banyak sangat bunyi di telinga.. mujur huda pengsan hanya seketika tak sampai seminit pun. Syukur. Kalau tak suami dah call ambulans.. huhu.. 

Malam sebelum tidur, Si adik peluk mama kuat-kuat dan doa mama cepat sembuh. Sebak sangat.. Semoga huda panjang umur , dapat jaga anak-anak sampai diorang besar... Suami pun kata, dia syukur sangat Allah masih pinjamkan isteri dia ni lagi.. Sedih pulak rasa. Ya Allah, ada peringatan yang Allah nak sampaikan pada kami atas yang berlaku. Banyakkan taubat dan ingat bila-bila masa Allah akan tarik nikmat hidup ni. 

Korang yang sudi baca cerita huda ni, mohon doakan huda sihat, cergas dan aktif seperti sedia kala..... 
Dan hargai nikmat sihat, buat yang terbaik dengan orang yang tersayang... 

Post a Comment

7 Comments

Rodiah Amir said…
Take care Huda, pain killer memang tak boleh amal selalu. Semoga cepat sembuh
mamapp said…
syafillah huda semoga sembuh seperti sediakala
Suria Amanda said…
Jaga diri ye...allergic pain killer ke..
Yaya Azura said…
Sebak baca yang hujung-hujung tu..semoga Huda sihat sentiasa.
Nadia Johari said…
Semoga celat sihat huda.. Alahii kesiannya
Aisya Ismail said…
Get well soon kak huda. Banyakkan rest tau.
Sy pernah makan skudexa 25mg(pain killer) + antibiotic GSK , 20minit Baden Terima berpeluh Di ikuti dgn loya, kemudian terus ke toilet , sampai toilet Tetiba blackout.. mata tak nampak apa pandangan cuma sedar bangun dan tetiba ada ATAs katil