Seronok Tak Terkata, Dapat Makan Kambing dan Ayam Grill Sedap dan buat steamboat sendiri di rumah!



Projek hari ni..hiburkan hati dengan layankan craving nak makan steamboat dan grill. Punyalah lama mengidam nak ada gadget di dapur yang boleh buat steamboat dan grill sekali. Minggu lepas, tak tahu lah, sebab stress tak dapat balik kampung sebab PKPB, budget balik kampung huda joli shopping di Shopee. Terus beli semua benda yang wishlist , selain 2 in 1 steamboat pot dan grill pan, huda juga beli swimming pool untuk The Arifs , toaster baru dan juga blender baru. Hehe.. lepas beli baru bagitau encik suami, duit dia habis ku joli shopping...hehe..

2 in 1 BBQ Grill Pan & Steamboat Hot Pot from Shopee. RM 66.


Lepas jer sampai delivery 2 in 1 BBQ Grill Pan & Steamboat Hot Pot , dah terbayang steamboat panas-panas dan kambing perap yang dipanggang. pergh.... bayangan ini cukup buat perut berbunyi-bunyi. 
Nak beli jugak 2 in 1 BBQ Grill Pan & Steamboat Hot Pot ? KLIK SINI 

Huda pun serach di FB, mencari kambing perap yang terdekat dengan kawasan rumah huda. Rezeki jumpa fb page ni >>  https://web.facebook.com/kambingperapelfurqon << . Tengok review macam okay. Tanpa fikir panjang terus beli. Huda grab promo 11.11. Beli sekali pakej ada kambing perap, ayam perap, sos lada hitam dan rempah perap dengan harga RM 55. 



Maka tema makan-makan sepanjang hari ni adalah main masak-masak atas meja jer.  
Lunch tadi makan grilled kambing perap dan ayam perap , dengan sup sayur . 





Dinner pula steamboat dan grill kambing perap & ayam perap .
Puas hati dapat makan steamboat dgn family kecil kami. 




Seronok sungguh main masak-masak atas meja makan.

Bahan Steamboat Jenama Mushroom - beli kat pasaraya ,RM 9.50




Alhamdulillah rezeki hari ni

P/s: Nak rasa sendiri kesedapan kambing dan ayam perap EL FURQAN? 

Boleh dapatkan terus di pasaraya berikut :- 

👁‍🗨PASARAYA PXR GONG DATUK
PASARAYA PXR BUKIT TUNGGAL
PASARAYA HOCK KEE SENG GONG BADAK
PASARAYA HOCK KEE SENG TANJUNG
ARIF FOOD MART BUKIT TUNGGAL
ARIF FOOD MART GONG BADAK
NASRUL FROZEN WAKAF TENGAH
AKHI FROZEN JERTEH
Produk Muslim Boleh juga tempah terus untuk COD dengan klik link di bawah.
http://www.wasap.my/60139482993/kambingperap

9 comments:

  1. Bestnya boleh buat kat rumah kan!
    Jimat masa & jimat duit!
    During CMCO ni nak keluar makan dengan family kat luar riski juga.
    Enjoy your time!

    ReplyDelete
  2. Minggu lalu mdm sefamili berpeluang merasai stail 'masak2 atas meja'. Kebetulan adik ipar yang organize. Best kan kids apa lagi enjoi. Kalau buat di kawasan rumah landed best ni open air.

    ReplyDelete
  3. Bestnya bila boleh bersteamboat di rumah. Time pkp mmg praktikal sangat

    ReplyDelete
  4. Alamakkk napelah masa sale . tu tak masuk dalam wishlist ek benda ni, best plak nengok, dah macam Seoul Garden woooo... Sis ada untuk steamboat ajee

    ReplyDelete
  5. Best ade gadget grill steamboat macam ni.. Boleh makan2 dekat rumah.. Nanti nak beli la.. Hehehe.. Lama tak makan steamboat

    ReplyDelete
  6. Wah.. Memang Seronok puas masak gini. Jimat kos dan berbaloi-baloi kannnn. Nak buat jugak laaa nanti

    ReplyDelete
  7. Boleh try la produk El Furqan ni.. Tengok gambar2 ni baru teringat, lama dapur ni tak dikeluarkan dari almari dapur.. :P weekend ni boleh la berasap balik :)

    ReplyDelete
  8. Saya sejak ada anak kecik, memang bbq steambot kat rumah aje. Tak pergi dah restoran memana. Mudah nak kawal dan bahan pun mudah dicari. Nanti nak buat esoklah. Hehe

    ReplyDelete
  9. Ala rindu nk buat bbq dfgn steamboat dgn family mak zaza.. Za mmg beli khas letak kt umah mak makan ramai2.

    ReplyDelete