Sale 11.11 - Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun

Hye, Tarikh 11.11 ni, banyak betul sale sana sini kan? Huda nak ajak korang semua grab promo terlajak murah dari Sunway! Jom kita tengok apa  tawaran menarik dari Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun.


Sale 11.11 - Sunway Lagoon





Tarikh yang paling dinantikan 11.11! Sunway Lagoon tidak melepaskan peluang untuk memberikan anda tawaran terbaik bermula dari RM 11 dalam masa yang terhad ini!

 Dapatkan potongan harga dan nikmati promosi 11.11 untuk barang kegemaran anda. 11.11 So.High Sale dijadualkan pada 11 November 2020 bermula dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam. 

Sunway Lagoon menyahut langkah kerajaan melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti. 

Oleh yang demikian, jualan tersebut hanya akan berlaku di laman sesawang Sunway Lagoon.
Jangan lepaskan tawaran dan promosi hebat semasa penjualan kilat ini. Pakej berbeza untuk setiap jam yang berbeza dalam masa yang terhad. 

Tambahan lagi, acara sambutan bertuah juga akan diadakan semasa siaran langsung Facebook kami berlangsung. Terdapat banyak hadiah menarik yang menanti anda semua seperti tiket masuk, kad masuk tahunan dan banyak lagi. 

Siaran langsung tersebut akan bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 11.20 pagi. Nikmati tawaran gila dan menarik ini untuk semua orang. Tiada siapa yang akan terlepas dari “Best Day Ever” hanya di Sunway Lagoon. 

Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web kami di SunwayLagoon.com 

Sale 11.11 - Sunway Lost World of Tambun



Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Semenanjung Malaysia diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula dari 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran hebat kepada para pelanggan dengan pelbagai pakej menarik pada 11 November 2020 melalui platform e-dagang mereka dengan bermula dengan harga RM 11.

 Penstriman secara langsung di Facebook Sunway Lost World Of Tambun akan bermula pada tepat jam 11.00 pagi, para pelanggan boleh membeli beberapa pakej yang ditawarkan di laman web kami pada masa yang terhad.

 Ini merupakan pertama kali destinasi pelancongan menawarkan tiket kemasukkan, bilik hotel dan pakej penginapan di Facebook secara langsung sebagai jualan 11.11. 

Walaupun keadaan semasa tidak menentu pada ketika ini, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran menarik di mana sah sehingga 2021. 

Semasa industri pelancongan dilanda teruk oleh wabak COVID-19, usaha kreatif ini untuk meningkatkan pusat pelancongan tempatan sangat disanjung dan menjadi contoh bagi para pemain pelancongan tempatan yang lain. 

Menurut Nurul Nuzairi Mohd Azhari, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.
 “Sunway Lost World Of Tambun akan terus melakukan pembersihan secara mendalam selama tempoh ini sehingga tamat tempoh PKPB bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati detik-detik mereka yang mengagumkan tanpa sebarang keraguan dan penuh yakin.” 


Jom  terjah facebook page Sunway Lost World of Tambun 
>> https://web.facebook.com/lostworldoftambun <<

Post a Comment

2 Comments

Alahaiii .rugi tak boleh rentas negeri
Izyan Balqis said…
dekat je ni, macam nak pergi!!