Pengalaman Tak Berapa Best Lepas Pertama Kali Guna Khidmat GanuFresh untuk Beli Grocery ketika PKPB

Minggu ini, huda sahaja try test perkhidmatan pembelian grocery dari GanuFresh. Niat nak support bisnes orang melayu, selain dari jimatkan masa dari shopping di luar. Gigih huda tau, hampir sejam gak masa dihabiskan online shopping di website GanuFresh, semata-mata nak dapatkan FREE Delivery dengan pembelian RM200 ke atas dan redeem kupon diskaun 5%. Dalam website, penghantaran hanya di buat pada pukul 12- 2.00 petang. Redha jer lah, walau sebenarnya memang sangat perlukan semua bahan makanan untuk lunch hari tu. 


Pengalaman Tak Berapa Best Lepas Pertama Kali Guna Khidmat GanuFresh untuk Beli Grocery ketika PKPB 


Tunggu punya tunggu, dalam 2.40 petang baru delivery GanuFresh sampai depan rumah. Anak-anak huda dah bagi makan nasi dan telur jer, sebab tu jer ada stok kat rumah. Tunggu bahan mentah dari GanuFresh lambat sangat! 

Huda dah standby RM200 , lepas tolak  diskaun dan free delivery. Tapi masa bayar cash, cuma RM 195. Runner kata ada barang takde. Eh??? Kenapa takde mesej inform pasal ada barang takde. Agak kecewa di situ. sebab huda cek bil, diskaun 5% pun xde??? Barang sampai pun ada yang tak dapat! Dalam bil ada. 


Hasil shopping online GanuFresh untuk pertama kalinya... 


Ikan selayang RM9.90 sekilo, dan ikan siakap RM 9.90 seekor, huda beli 2 ekor. rasa macam saiz tak sama. tapi harga sama?? hmm... 



Sayur-sayuran. Ada 2 sayur tak dapat..sedih... 


Dalam web ada option halia dan lengkuas beli kuantiti agak banyak. Apa lah nak buat dengan lengkuas banyak2 ni agak yer...

Lepas huda double check semua barang yang di terima dan compare dengan order online, memang agak kecewa. Huda terus wasap customer servis dan buat aduan. Minta barang yang tak cukup, barang yang tersalah bagi dan barang yang ada dalam bil tapi tak dapat. Keesokan runner pun hantar. 

Huda rasa cukup kot sekali. Alasan masalah kupon, nanti diorang rujuk pengurusan website. Sorry lah, dah tawar hati rasanya nak shopping online grocery. Huda memang cerewet dan agak particular bab ni.. every single cent counts!  Huda masa order online, tutup sebelah mata tau, walau tahu harga online mahal sikit, sebab tahu nak bayar kos diorang beli dan hantar barang kita. Tapi bila ada perkara yang kurang berpuas hati, rasanya serik! 

Huda dah buat aduan dan minta mereka menambah baik mutu perkhidmatan, agar tiada pelanggan lain yang terkena macam huda. Fuh, lega dapat bebel dalam blog sendiri ni.. Semoga rumors PKPB di Terengganu habis minggu depan jadi realiti. Rindu nak keluar rumah dengan bebas dan boleh shopping sendiri dan bawa The Arifs jenjalan....


5 comments:

  1. Bgus pergi buat aduan.. Harap dia improvekan lagi cara diaorg buat

    ReplyDelete
  2. Aduyai... Sian Huda
    Kekadang tak sangka nak jadi kan, better buat aduan. Moga pasni depa akan perbaiki dan tak jadi kat pelanggan lain

    ReplyDelete
  3. Bagus semak satu persatu . Betul lah sayang duit kita.

    ReplyDelete
  4. Ikan siakap kat sini pun harga memang sama walaupun tak sama saiz. Tapi saiz tu x beza sangat lah.

    ReplyDelete