Pengalaman Bercuti di The Haven All Suites Resort, Ipoh yang Tak Dapat Dilupakan!



Happy dan seronok tak terkata bila salah satu wishlist huda tahun 2020 ni sudah pun terlaksana iaitu impian bercuti di hotel 5 bintang – The Haven All Suites Resort, Ipoh. Banyak kali juga huda terbaca review dari kawan-kawan tentang hotel ni. Nampak perkongsian gambar yang menarik berlatar belakangkan limestone hills di sini, buatkan huda sangat teruja untuk jejakkan kaki sendiri di The Haven All Suite Resort, Ipoh. Tambahan pula The Haven All Suites Resort Ipoh ini telah menerima  pengiktirafan 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹𝗹𝗲𝗿𝘀’ 𝗖𝗵𝗼𝗶𝗰𝗲 𝗪𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 untuk lima tahun berturut-turut! Pastinya ianya lokasi percutian yang sangat best!  Jemput baca perkongsian pengalaman huda dan keluarga bercuti di The Haven All Suite Resort, Ipoh. 



Pengalaman Bercuti 3 Hari 2 Malam di The Haven All Suites Resort, Ipoh




Rasa macam tak cukup jer 3 hari 2 malam di The Haven ni.. Memang The Arifs pun tak nak balik tau, sebab banyak sangat tarikan di sekitar resort dan juga kemudahan di dalam bilik yang sangat best! Jom huda kongsikan dengan lebih lanjut ! 


Review  2+1 Bedroom Lakeview Suite


Ini lah bilik Suite kami yang berada di tingkat 20. Saat melangkah masuk ke dalam Suite ni rasa macam masuk apartment mewah. 

Susun atur perabot dan kemudahan yang tersedia seperti coffee maker, penapis air coway, peti sejuk, microwave oven dan ruang tamu serba lengkap dengan aircond serta TV besar, agaknya maybe dalam 50 -60 inch kot. 






Buka jer langsir di ruang tamu, permandangan indah di depan mata. Pengalaman pertama menatap keindahan permandangan hutan dan limestone hills  yang buatkan kami sekeluarga sangat teruja. 





Di dalam Suite ini terdapat 3 bilik iaitu master bedroom dan 2 bilik ( 1 bilik dengan katil size Queen dan satu lagi single bed ) . Sangat sesuai bercuti dengan keluarga dan anak-anak pun excited sebab mereka ada bilik sendiri. 

Master Bedroom


Master Bedroom

Queen Size Bedroom

Queen Size Bedroom 
Single Size Bedroom


Bilik air juga sangat lengkap dengan toiletries, kemudahan pengering rambut , water heater dan shower. 




Buka almari baju yang bercermin besar dari syiling ke lantai , terdapat hanger dan bathrobe yang tergantung. Kemudahan iron dan iron board serta safety box juga ada di sini. 

Memang syok cek in hotel 5 bintang yang lengkap serba serbi. Memang rasa “heaven” !


Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Keluarga 


Pada waktu kes Covid 19 yang masih belum reda ni, lebih baik menginap di hotel yang sediakan pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga. 

Antara aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama adalah :- 
Cycling 


Pony Feeding

Pet Feeding

Aktiviti di Junior Playroom 




Kami sekeluarga luangkan masa bersama dan bonding time dengan bermain game seperti :- 
Wii Play , Scrabble , Carrom board game, dan Hand Football 



Dan aktiviti wajib yang kami tak pernah miss lakukan setiap hari di sini adalah swimming di kolam renang yang unik di The Haven. 



Kolam renang yang berbentuk Sea Horse ni mempunyai 5 tahap Depth Level di mana ia sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak hingga dewasa. Paling huda suka adalah berendam open air Jacuzzi yang bersuhu air panas ni. Serius memang “heaven” sangat, sambil berjacuzzi melihat keindahan alam semulajadi yang memukau. 




The Best Family Getaway -The Haven All Suites Resort , Ipoh





Lepas korang baca review huda ni, mesti korang pun teruja nak bawa family bercuti di sini kan? 
Huda pun rasa nak repeat lagi ke sini sebab tak puas lagi rasanya nak tatap keindahan alam semulajadi dan layanan 5 star di resort ni..


Trip percutian huda ke The Haven All Suites Resort , Ipoh ini adalah bersama travel agent RnR Iltizam. Kalau korang nak dapatkan special rate percutian di sini boleh hubungi :- 

Email : rnr.iltizamholidays@gmail.com
No hp : +60 12 231 7501 / 010-6561203

Untuk makluman lanjut tentang The Haven All Suite Resort , Ipoh boleh layari laman web rasmi dan ikuti laman social 
 





Post a Comment

6 Comments

Nadia Johari said…
Best gilerr. Besar bilik dia.. Swimimming pool best.. Wah ade binatang semua.. Seronok anak2
Nampak tenang ja situ, bangun pagi tengok kehijauan, bestnya! Anak anak sure enjoy kolam besaq camtu. Teringin nak bawak famili ke situ gak nanti.
Lyana Ishak said…
Suka tengok hijau² nie.. Banyak jugak eh aktiviti boleh buat dekat sini =)
Lyana Ishak said…
Suka tengok hijau² nie.. Banyak jugak eh aktiviti boleh buat dekat sini =)
Ai said…
Pemandangan kat sini memang win. Sejuk mata memandang.
Maizul Hamid said…
wow percutian yang menarik.