Advertisement

Inspirasi Ebook Kedua - Topik Parenting yang Indah


Hidup ini sangat indah. Sama macam view yang korang tengok. Syok kan tengok The Arifs santai-santai tepi pantai, bertenggek duduk atas kayu. Tengok anak santai bahagia macam ni, ia memberi huda inspirasi untuk menulis ebook kedua selepas ebook huda yang pertama telah berjaya di pasarkan secara atas talian. InshaAllah ebook kedua yang bakal huda terbitkan tak lama lagi, ia bakal diterbitkan secara digital dan buku fizikal. Ebook kedua yang sangat istimewa, kerana 80% content adalah dari perkongsian huda di blog ini, kemudian di olah dan di susun ke dalam sebuah buku. 

Inspirasi Ebook Kedua - Topik Parenting yang Indah




Progress penulisan buku hampir siap. Mungkin dalam sehari dua lagi. Hari ni habiskan masa edit gambar-gambar The Arifs untuk di muatkan di dalam buku. Gambar ini huda edit guna website : https://photofunia.com/. Banyak pilihan dalam website ni, transform gambar biasa-biasa jadi luar biasa. Gambar ni huda dah edit ke Grayscale sebab publisher request content dalam warna hitam putih jer.  Setiap kali edit gambar anak-anak, rasa yang tak dapat nak digambarkan. 

Realiti yang indah. Impian yang tercapai. Hidup ni memang magik! 

Parenting Journey Indah? Betul ke?

Betul. Bagi huda setelah menempuh  parenting journey sejak 2012 , huda dapat simpul parenting ni best sangat. Namun huda sedih tengok ramai parent gagal nikmati keindahan dalam parenting journey. Sebabnya tiada ilmu parenting. Ada juga yang ada ilmu, namun tak dipraktikkan. Huda harap semua parent stop lah marah-marah anak. 

Marah anak membunuh kreativiti anak! 

Kita as parent ni nak didik future generation. Huda bayangkan future yang indah.. semua ini akan tercapai bila parent jadikan parenting journey ni sesuatu yang indah. Install "software" yang baik-baik sahaja pada anak-anak kita. 

InshaAllah, niat huda hasilkan ebook kedua yang berkisar tentang parenting ini, harap memberi ilmu bermanfaat..  

Sambil menulis ebook sendiri, ambil upah tulis ebook orang lain juga!

Rasa macam buat kerja gila pun ada. Tulis dua buku dalam masa seminggu. Satu buku sendiri, satu buku client #GhostWriter 

Huda merupakan freelance writer, juga dikenali dengan Ghost Writer. Seorang penulis upahan yang sedia menerima sebarang task menulis. Termasuk juga menulis ebook client yang mempunyai idea dan content namun perlukan khidmat penulis yang lebih arif dalam menghasilkan ebook. 

Kalau perlukan khidmat penulis upahan, boleh jer direct email huda di : n.hudahalid@gmail.com

Mood menulis membuak-buak! Tekan keyboard ala-ala keyboard warrior gitu.. Yer lah nak brain storm, menulis dan penuhi amanah. 

Dua buku genre berbeza, konsep berbeza. 

Mampukah diri ni? 

Huda suka kan cabaran. Dalam masa sekarang , dengan musim tengkujuh di pantai timur, dan wabak pandemik Covid19 yang masih berleluasa. Nak buat aktiviti mencabar di luar macam susah kan? 

Jadi cipta cabaran sendiri dengan cabar keupayaan dan kreativiti dengan task yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. 

Yess! AKU BOLEH. 


Okay, nak sambung menulis buku... nantikan yer baby baru huda bulan depan! 

p/s : belum habis siap satu buku, idea nak tulis buku berikutnya pula terjah di kotak fikiran... 



Post a Comment

3 Comments

  1. Indah kan bila besarkan anak ni.. Kene paham parenting mcm mne. Kene bnyak membaca

    ReplyDelete
  2. good luck sis! parenting skill nie penting utk pembentukan anak2 yg terbaik..moga bermanfaat untuk ummah

    ReplyDelete
  3. ยินดีต้อนรับสู่ UPLAY365.COM เว็บพนันออนไลน์ All In One ที่รวมเว็บพนันออนไลน์อันดับ 1 ไว้ที่เดียวกันมากที่สุด ไม่ว่าจะเป็น เกมส์ไพ่ ที่เป็นที่นิยม เช่นบาคาร่า แบล็คแจ็ค เสือมังกร หรือจะเป็น รูเล็ต สล็อตออนไลน์ คีโน โป๊กเกอร์ forex ไก่ชน เกมส์ยิงปลา แทงบอล แทงบาส เทนนิส ESPORT แทงมวยไทย และอื่นๆอีกมากมาย พร้อมเทคโนโลยีชั้นนำจากผู้ผลิตซอฟต์แวร์เกมส์ระดับโลก ความน่าเชื่อถือได้มาเป็นอันดับ 1 สามารถเล่นได้ทั้งบนคอมพิวเตอร์ , มือถือ ระบบ android และ IOS *คาสิโนออนไลน์ : สามารถเลือกเล่นกับคาสิโนชั้นนำดังนี้ SexyBaccarat, AG Casino, GOLD Casino, SA Casino, W88 Casino, D88 Casino, WM Casino, GD Casino เป็นต้น *แทงบอล : U กีฬา (U SPORTS) , S กีฬา (S SPORTS) มั่นใจได้เลยว่า อัตราการจ่ายค่าน้ำดีที่สุดต้อง uplay365 เหมาะสำหรับทั้งนักพนันมืออาชีพและ มือใหม่ โดยทางเรามีพนักงานคอยสอนเรื่องการแทงบอลเบื้องต้น แทงง่าย อัตราจ่ายดี *สล็อตออนไลน์ ,เกมส์ยิงปลา : JOKER123,PLAYTECH และอื่นๆ อีกมากมาย ทั้งหมดนี้ สามารถเล่นได้ใน 1 ยูสเซอร์เท่านั้น สนใจสมัครสมาชิกรับเครดิตฟรี สามารถสมัครได้ตนเองที่หน้าเว็บ หรือติดต่อ Callcenter โดย ทางเรามีพนักงานไว้บริการและแก้ปัญหา ตลอด 24 ชั่วโมง สอบถามข้อมูลเพิ่มเติมได้กับแอดมินได้ตลอด 24 ชม.ค่ะ

    Sexy Baccarat
    Sexy Casino

    ReplyDelete