Walau hidup ini seketika. Kalau tak silap huda, pernah dengar ceramah hidup di dunia ibarat 1 saat sahaja berbanding akhirat. Maka dalam waktu singkat ini huda nak hidup yang berkat dan bahagia..
Dalam masa yang sama harus mencari rezeki yang halal untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga.
Prof Muhaya ada berpesan betulkan niat berniaga.
Bisnes adalah ibadah. Kita melaksanakan salah satu fardhu kifayah.
Bisnes adalah tentang membantu orang yang memerlukan.
Sebagai contoh :-
•buka kedai runcit untuk bantu orang sekitar dapat beli barang keperluan.
•buka kedai makan untuk bantu orang sekitar dapat mudah beli makanan.
•buka kelas menjahit untuk bantu orang sekitar dapat belajar ilmu kemahiran.
Segalanya bermula dengan niat untuk bantu orang. InshaAllah, Allah beri kita bantuan dengan ramainya pelanggan dan memurahkan rezeki serta perbanyakkan kerja.
Namun, realiti zaman sekarang...Ramai yang terpedaya dengan "ALAT" iaitu DUIT.
Niat bisnes hanya tumpu kepada duit, sedang duit itu sekadar alat sahaja untuk kita beli itu ini. Tanpa alat ini, kita masih boleh miliki itu ini kerana rezeki Allah teramat luas....
Sesungguhnya sangat indah bila kita fokus nak bantu orang, hati kita lega, jiwa kita selesa dan terasa bahagia...
Bayangkan setiap awal lagi buka kedai dengan senyum, tidak kisah lah, buka kedai secara atas talian pun kita tersenyum...
Di penghujung hari kita habis urusan bisnes kita rasa bahagia kerana sudah membantu mereka yang memerlukan..
Sudah berapa orang sudah anda bantu dengan bisnes anda?
Bisnes huda dan encik suami yang bekerja dari rumah sepenuh masa.
Freelance writer dan freelance website designer, graphic designer.
Semalam ada client juga minta huda buat video editing.
Serius...bila niat kita betul. Bisnes untuk bahagia memberi. Hidup ini lebih bermakna...
Huda doakan Allah hadiahkan kita keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Tingkatkan ketaatan kita kepada Allah..
6 Comments