Jom Tonton Filem Ben 10 yang Baharu di Cartoon Network pada 10.10.2020!


Hye! Ada ke peminat Ben 10 ? Huda nak ajak korang semua bersama anak-anak tonton filem baru Ben 10 hujung minggu ini! 

Seluruh galaksi akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kartun popular Ben 10 terbitan Cartoon Network menemui para peminatnya tepat jam 10 pagi dengan tayangan perdana global “Ben 10 vs. The Universe: The Movie”.



Pada hari Sabtu, 10 Oktober, para peminat dari seluruh dunia siri kartun yang telah memenangi Emmy Award ini boleh menonton filem yang ditunggu-tunggu ramai tersebut menerusi siaran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635), termasuk saluran-saluran WarnerMedia yang lain - *HBO, Boomerang dan Warner TV serta melalui khidmat penstriman HBO GO.

Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukanTennyson dan planet Bumi itu sendiri sekaligus memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan. Sementara itu,Gwen dan Grandpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila hero kanak-kanak lelaki kesayangan kita dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamatkannya!


Menjelang tayangan perdana filem, para peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas “Power of 10” yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini membawa anda kembali kesaat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.



Peminat yang ingin memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga boleh menyertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian. Dari membina pertempuran Ben 10 epik mereka sendiri atau pun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di web Ben 10, mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun. Lawati website Ben 10: https://ben10.cartoonnetworkasia.com/ untuk maklumat selanjutya.

Siri ini diterbitkan oleh Cartoon Network Studios sementara ditulis dan diterbitkan bersama Man of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), serta John Fang (Mixels, Generator Rex) yang berperanan sebagai penerbit eksekutif.



Jangan lupa – inilah masa wira pukul 10 pagi pada 10.10.2020! Tontoni “Ben 10 vs. The Universe: The Movie” pada Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi yang ditayang secara serentak di Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV, dan HBO GO.






Perincian-perincian saluran:

· Cartoon Network: Saluran Astro 615 HD / 635

· Boomerang: Saluran Unifi TV Ch 555

· Warner TV: SaluranAstro712 HD / SaluranUnifi TV 451

· HBO: Saluran Astro 411 HD

· HBO GO: muat naik aplikasi HBO GO di App Store atau Play Store  dan dapatkan tempoh percubaan secara percuma selama seminggu. HBO GO boleh diaskses melalui Android TV, Apple TV, LG TV and Samsung Smart TV – dan didatangkan dengan AirPlay dan fungsi Google Cast.


Post a Comment

0 Comments