Hadiah Kerusi Gaming Untuk Suami Tersayang



Salah satu wishlist encik suami nak kerusi gaming, Nama jer kerusi gaming, tapi encik suami tak main game pun, tapi buat website client dari awal pagi sampailah tengah malam. Sampai sakit pinggang maybe sebab duduk terlalu lama. Dia memang nak beli kerusi gaming yang selesa, ergonomik dan berkualiti. Namun, dia pentingkan family dulu, diri sendiri selalu letak nombor dua. Huda dah niat, dapat duit refund beli barang tak jadi, nak belikan hadiah suprise kerusi gaming untuk suami. Alhamdulilah, duit refund yang huda nantikan berbulan lepas dah masuk dalam akaun, huda terus order kerusi gaming untuk encik suami hujung minggu lepas. Huda bagi suprise, encik suami tak tahu pun huda beli... 

Alhamdullilah, tempahan kerusi gaming dibuat di Shoppe pada sabtu lepas, hari selasa kerusinya pun sampai. 
Boleh klik ini kalau korang juga berminat nak beli >> Cassa Figo Back Ergonomic Gaming Chair <<



Senyum lebar encik suami dapat kerusi gaming ni. Dia sendiri unboxing dan dia sendiri lah kena pasang.hehe... nasib ada little helper ni tolong papa. 




Tada..... 



Inilah kerusi gaming hadiah suprise untuk suami tersayang. 
Lengkap semua feature idaman encik suami. 



Alhamdulillah, kerusi tegap dan berkualiti. Harga paling berbaloi huda survey di Shopee. 

Bahagia rasa bila dapat bahagiakan orang kita sayang. Siapa yang tak suka suprise kan? Kadang tak perlu tunggu special occasion pun, adhoc suprise pun seronok! Orang yang dapat hadiah seronok,orang yang bagi berganda seronoknya! 

Semoga lepas ni, encik suami dah takde mengadu sakit pingang, sakit belakang, lenguh tangan dan sebagainya... Workload encik suami makin banyak sebagai webmaster di www.tempahwebsitemurah.com , harap kerusi ni dapat berkhidmat pada tuannya sebaik mungkin.. InshaAllah...





1 comment:

  1. Nak beli jugak la kerusi gini. Bukan untuk gaming tapi untuk buat kerja. sakit pinggan duduk atas kerusi lama nih.

    ReplyDelete