Cadar Patchwork Murah Giler, RM20 jer!!



Masih lagi mood seronok beli itu ini untuk rumah baru kami. Tempat kami anak beranak berteduh, menyemai kasih sayang dalam keluarga kecil kami. On the way kami nak beli tong gas murah, ternampak banner cadar patchwork murah! Haish..tergoda betul nak singgah tau. 



Apa lagi..susah nak kawal nafsu membeli ni. Alang-alang dah niat nak make over bilik yang serba baru dengan bedroom set baru, cadar haruslah baru jugak kan? 


Walau sebenarnya budget memang takde langsung ni nak shopping cadar baru, tapi sebab murah sangat, sambar lah jugak satu! 

Di sini selain jual cadar patchwork murah, ada juga toto harga serendah RM 40 jer. 3 unit RM 100. Set cadar siap comforter pun harga RM 60. Karpet pun ada tau RM70 jer. Haish..next time pergi sini wajib bawa duit banyak sikit. 

Lokasi kedai di jalan menuju ke pasar batu enam, Kuala Terengganu. 

2 comments:

  1. Huda dah pindah rumah ke?
    Patchwork tu murah sangat dah tu..nak cari jugak lah kedai ni..

    ReplyDelete
  2. Pasar batu enam ni kat negeri Mana ? kedah ke?

    ReplyDelete