10.10.2020 - Happy Birthday Adik Hakim ke 6 Tahun





Perancangan asal untuk suprisekan adik hakim sempena harijadi dia tahun ni berminggu-minggu mama plan. Mama usahakan dapatkan sponsorship dengan gunakan tiket review sebagai blogger. Rezeki semuanya di approach sudi nak berkolaborasi. Namun segala rancangan sekelip mata terbatal dek kerana kes covid yang naik mendadak. Mama pasrah… Mood nak sambut macamana birthday adik, mama blur…… maka serahkan pada papa pulak plan, mama penat dah rancang tapi tak jadi! Frust menonggeng orang kata…huhu 



· Papa mulakan projek buat surprise hadiah birthday adik malam sehari sebelum birthday adik. Mama pun tolong mana yang mampu . Stay up kami suami isteri demi nak bahagiakan anak tersayang di hari istimewa… 


Tadaa….. 




Inilah surprise hasil tangan dan kreativiti papa. Dino House yang diperbuat dari gabungan kotak peti sejuk dan kotak-kotak pindah rumah baru ni. Total cost untuk wall paper ECO , 5 gulung, mentol kedai ECO jugak, deco belon semua tak sampai pun puluhan ringgit. 


Jamuan birthday , ayam seekor untuk adik! Lebih dari cukup kami sekeluarga makan untuk lunch 

Pada waktu malam pula, kami keluar sambut di luar rumah pula. Birthday Dinner Treat di Secret Recipe. 




Alhamdulillah, grab set sama-sama kongsi. Order 3 menu , dan makan sama-sama kongsi kami 4 anak beranak. Kenyang sangat sampai tapau jer mushroom soup, tak larat dah makan.. 


Dalam set ni dapat 2 slice kek. Kek di pilih Hokkaido Cheese Cake . Simple deco birthday wish untuk adik. Alhamdullilah, banyak adik makan kek ni. Memang sedap! 


Habis dah 10.10.2020…
Hadiah sebenar mama belum beli,iaitu Al-Quran dan Rehal Hijau, warna kegemaran adik. Hadiah birthday dan merangkap hadiah adik dah mula membaca Al-Quran di usia 6 tahun.




Post a Comment

0 Comments