Picnic di Pantai Miami Kuala Terengganu


Pada Hari Malaysia yang lepas, huda luangkan masa bersama anak-anak picnic di Pantai Miami , Kuala Terengganu . Pantai Miami ini adalah nama jolokan kepada Pantai Seberang Takir, berdekatan dengan Drawbridge.


Lepas pick up The Arifs dari sekolah, terus ke Pantai Miami. Alhamdulilllah, wakaf yang kami plan nak singgah, kosong! Syukur, sebab selalunya memang sentiasa penuh. Rezeki dari Allah..
Haish entah apa2 The Arifs posing tau, geram jer tengok!


Ini juadah picnic kali ni. Huda masak BBQ chicken, coslow dan mash potatoes.


Alhamdulillah, syukur cuaca okay time kami picnic di sini. dapat layan view cantik, angin pantai yang mendamaikan. Menu pun sedap, perfect moment..




Suka tengok suami dan anak-anak makan berselera, menu simple air tangan mama...


Selesai makan si adik layan view  indah di Pantai Miami. Sebenarnya si adik nak turun, huda tak bagi, teringat kes mati lemas kat sini , tak silap bulan lepas. 



Di sini ada di sediakan penyapu. Jadi encik suami kemas, lap dan sapu sisa  makanan kami picnic. Hope semua orang bertanggungjawab jaga fasiliti yang di sediakan ini sebaiknya. 

InshaAllah, next time nak repeat picnic kat sini lagi. best!


1 comment:

  1. Pantainya sangat cantik. Boleh bawa keluarga pergi makan angin kat KT

    ReplyDelete