Pertama Kali Shopping Kuali di Go Shop - Aurasia Super Wok Set Pilihan Hati!



Hye September 2020! Wah, laju sungguh masa berlalu sekarang kan. Hari pertama di bulan ke 9 tahun 2020 ni huda nak sebarkan aura happy dan positif pada semua pembaca blog. Allah ciptakan kita semua untuk bahagia dan gembira, jangan seksa diri sendiri dengan fokus pada perkara negatif yang meragut kebahagiaan kita. Rahmat dan kasih sayang Allah banyak sangat tau, selami dalam-dalam dari sekecil-kecil nikmat sehingga nikmat yang besar. Dengan rasa syukur, muncul rasa bahagia dan tenang. Okay, nak kongsi sikit bahagia huda rasa hari ni, dapat kuali baru! Huda nak kongsi cerita pengalaman pertama kali shopping kuali di Go Shop - Aurasia Super Wok Set pilihan hati.

Pertama Kali Shopping Kuali di Go Shop - Aurasia Super Wok Set Pilihan  Hati!



Minggu lepas, petang lepas asar, saja cuci mata nak cari set kuali baru. Sebab kuali non stick yang dah kat rumah dah tunjukkan tanda-tanda wajib di ganti. Mula-mula survey di Shopee, kemudian Lazada. Masih belum jumpa yang berkenan dan sesuai dengan budget di bawah RM 200. Budget ciput tapi huda nak kuali set yang best. hehe, memang lah mencabar kan?

Kemudian tergerak hati, nak survey di apps Go Shop lah. Ibarat love at the first sight , terus berkenan dengan 34 cm Aurasia Super Wok Set ni. Tanpa fikir panjang , masa tu juga huda terus beli. Kebetulan duit menang contest pun dah masuk dalam akaun, boleh lah shopping dengan bahagianya.

Lepas beberapa hari set kuali yang di nanti pun sampai. Jom layan video unboxing ni. 

Kenapa 34 cm Aurasia Super Wok Set Menjadi Pilihan Hati ?


Ada banyak sebab antara nya :-

Set lengkap untuk huda memasak macam-macam jenis hidangan ,

satu set ini ada :-

  • 34cm Marble Wok with Stainless Steel High Dome Lid X1
  • 24cm Frypan X1
  • 14cm Eggpan X1
  • Stainless Steel Steamer Rack X1

Huda boleh guna set ni juga sebagai pengukus. Kira 1 harga, huda dapat kuali besar, sederhaha, kecil dan juga pengukus sekali. Jimat sangat-sangat.


Material

Marble Non Stick Coating from Pfluon (PFOA & APEO Free) Bakelite Handle Press Aluminium Body

Ciri Produk


  • Sesuai untuk Gas Stove, electric cooker (except Induction) 
  • Good non stick perfomance
  •  Safety Certificate issued by FDA ROHS & REACH

Selain itu Go Shop juga tawarkan FREE Shipping, maka huda boleh jimat dari bayar kos penghantaran.


Paling penting juga, kos set kuali ni lebih murah dari budget yang huda sediakan. Jimat lagi! Yeay!!

Hari ni baru nak try guna. Selamat berkhidmat kuali baru.

Nak beli jugak? Klik jer sini >> https://bit.ly/3gRk2ZU









6 comments: