Bila last korang pergi bercuti? Huda dah lama sebenarnya tak berjalan. Dan planning bulan depan nak bawa anak-anak bercuti. Pelancongan domestik dalam Malaysia sebenar banyak sangat tempat menarik nak dilawati, sampai tak tahu nak start bercuti ke mana dulu. Nasib baik, huda dah dapat idea nak start cuti-cuti Malaysia nak kemana dulu. Jom kita pusing Selangor Dulu!
Semalam huda berpeluang memeriahkan majlis anjuran Tourism Selangor dan kerjasama dengan Terengganu Tourism iaitu Program Jelajah Pesona Selangor 2020. Lokasi pertama pilihan Tourism Selangor adalah di Kuala Terengganu, kerana ia lokasi strategik untuk mempromosikan produk pelancongan Selangor di wilayah timur. Huda sangat tertarik dengan tagline catchy " Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! " . Memang terus rasa terpengaruh nak bercuti ke Selangor dalam masa terdekat ni..
Program Jelajah Pesona Selangor 2020
Kami Blogger Ganu yang turut memeriah majlis Program Jelajah Pesona Selangor 2020 di Duyong Marina, Kuala Terengganu.
Dalam menyemarakkan usaha proaktif ke arah penetapan semula industri pelancongan Negeri Selangor atau visi “reset tourism”, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sedang giat menggerakkan sebuah Kempen Promosi Pelancongan Domestik; Pusing Selangor Dulu.
Tourism Selangor mengorak langkah pasca pandemik Covid-19 dengan penganjuran Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu’ ke Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 September 2020.
Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri dari wakil daripada Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor.
Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu menerima kerjasama baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu. Program Jelajah ini turut menerima sokongan dari pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur. Program Jelajah ini dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G sebelum diteruskan dengan sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor.
Program Jelajah Pesona Selangor 2020 turut menyaksikan penglibatan oleh 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia.
Lokasi seterusnya Program Jelajah Pesona Selangor untuk tahun 2020 adalah di Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19.
Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata:-
“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”,
Kami, Blogger Ganu Bersama Tuan Azrul yang sangat peramah.
Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.
Kami berpeluang menikmati nangka, nangchem dan nenas yang sangat sedap, hasil tanaman di Selangor Fruit Valley
Kami melawat booth MPAJ dan bergambar dengan produk program jahitan produk daripada kain rentang terpakai.
Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini bertambah menarik dengan penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan.
Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.
Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif
Facebook : TourismSelangor
Instagram : @discoverselangor
Laman Web Rasmi: www.selangor.travel
Mahu pusing satu Selangor tetapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan risau, kami telah senaraikan tempat-tempat menarik...
Posted by Tourism Selangor on Saturday, 4 July 2020
15 Comments
Uitt nangka tu...arghhh tidakkkkkk