Mama Bangga Dengan Adik! Dah Berjaya Khatam Buku Bacaan

Nak kongsi moment indah semalam, semoga one day nanti , throwback dan akan ukir senyuman di bibir ni. Semalam, adik hakim balik sekolah dengan sangat gembira. Balik sekolah, turun dari kereta, terus masuk rumah dan berlari ke dapur cari mama yang tengah sibuk sediakan makanan tengahari. Rupanya adik dapat hadiah hari ini, cikgu raikan 5 pelajar yang sudah berjaya khatam Buku Bacaan . Alhamdulillah. 




Setiap anak miliki intelligence level yang tersendiri. Untuk adik, mama tak nak push untuk pandai membaca seawal abang, sebab abang Arif IQ level dia lain. Jadi mama tak pernah nak paksa adik study. bila dah bosan belajar mama bagi ruang bermain sepuas hati adik. Papa yang banyak risau adik tak pandai membaca lagi masa awal tahun ini, sebab adik nak naik tahun 1 pada 2021 yang bakal tiba. Mama yakin, adik boleh dengan pace adik sendiri. 



Alhamdulillah, bila adik balik rumah tunjuk pencapaian adik , dimana menjadi 5 pelajar terpilih yang berjaya menghabiskan buku bacaan untuk umur 6 tahun, mama tersangat-sangat bersyukur. Sebagai ibu, kita seharusnya yakin dengan potensi anak-anak. Jangan pernah merendahkan , mengherdik apatah lagi membanding beza dengan potensi anak yang lain. 




Adik juga dedikasikan sekuntum bunga merah untuk mama. Alhamdulillah, syukur lagi. EQ and IQ development adik sangat baik dan semakin hari bertambah baik. Semua dengan izin Allah dan berkat ilmu parenting yang huda belajar dan amalkan. 

Jadi, bulan depan  birthday adik, mama akan usahakan sambut seperti yang selalu idamkan iaitu birthday holiday! 


Post a Comment

0 Comments