Cara Menggunakan AVCO D’Aura Untuk Kecantikan dan Kesihatan Kulit.


Apa itu AVCO? AVCO tu singkatan untuk Aromatic Virgin Coconut Oil. Secara jujur, huda tak suka menggunakan minyak kelapa. Mungkin hidung huda jenis sensitive, memang tak suka bau minyak kelapa walau tahu banyak sangat khasiat minyak kelapa ni. Namun lepas huda cuba AVCO dari D’Aura huda terus rasa jatuh cinta dengan minyak kelapa dara yang dicampur dengan bauan semulajadi. 

Minyak kelapa dara secara tradisional telah digunakan sebagai pelembap sejak berabad-abad oleh penduduk di kawasan tropika. Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa minyak kelapa dara mampu memperbaiki gejala masalah kulit dengan melembapkan dan melegakan ketidakselesaan pada kulit. 

Keistimewaan AVCO D’Aura



Ini merupakan kali pertama huda guna minyak kelapa dara dalam rutin harian. Huda teruja nak cuba kerana AVCO ini banyak keistimewaan antaranya :- 



AVCO dari D’Aura di hasilkan dari sumber organic dan mendapatkan kelulusan KKM buatkan huda sangat yakin nak amalkan. Tambahan pula huda sokong #SupportLocal , maka produk buatan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. 


Terdapat 2 haruman AVCO D’Aura iaitu Floral Fresh dan Morning Dew 







AVCO dari D’Aura juga produk asli di mana kandungannya adalah 99% virgin coconut oil dan 1% wangian ekstrak tumbuhan. AVCO juga kaya dengan antioksidan dan Vitamin E.

Dengan kandungan yang bagus, kesannya pasti juga bagus kan? Antara kesan terbaik untuk kesihatan kulit adalah :-


· Memberi protein kepada kulit 

· Anti- Penuaan 

· Menghalang pori-pori pori-pori kulit muka tersumbat 

· Mengelakkan masalah sakit kulit 

· Sesuai untuk kulit sensitif 

· Kulit menjadi sihat dan gebu 


Ia juga sangat bagus untuk rambut dan kulit kepala untuk kegunaan rawatan rambut dan masalah kelemumur. 


Cara Menggunakan AVCO D’Aura Untuk Kecantikan   dan Kesihatan Kulit.


AVCO ini boleh digunakan pelbagai fungsi dari rambut sampai ke hujung kaki . 

Penggunaan di Kepala ( Wajah & Rambut ) 

  • Minyak Rambut untuk merawat masalah rambut bercabang dan masalah kegatalan kulit kepala akibat kelemumur 
  • AVCO juga boleh di gunakan sebagai Double Cleanser . Ia mampu membersihkan kotoran di wajah dengan sempurna serta membuang kotoran yang menyumbat pori seperti lebihan minyak dari sunscreen, solekan dan minyak terkumpul dari peluh. 
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil. 
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari. 
  • Sebagai agen pencuci makeup 
  • Pelembab kulit wajah 

Penggunaan di Badan ( Tangan & Kaki ) 

  • Merawat masalah tumit merekah, siku kering 
  • Boleh digunakan sebagai hand lotion 
  • Digunakan sebagai body oil




Pengalaman huda sendiri lepas guna AVCO dari D’Aura ni, huda sangat puas hati dengan kesannya yang sangat bagus dan cepat. Baunya yang segar juga buat huda selesa untuk gunakan setiap hari pada diri sendiri dan juga keluarga. 

Layari pautan berikut untuk keterangan lanjut dan promosi terkini:
https://www.instagram.com/daura_hq/
https://www.facebook.com/daura.hq.official

Post a Comment

6 Comments

Izyan Balqis said…
best kan avco ni, memang best pakai!
Nadia Johari said…
Best sangat. Satu botol boleh pelbagai fungsi
Ai said…
Nak try juga lah brand ni. Bila tengok ramai review tergoda lah pula.
Sunshine Kelly said…
I have tried their AVCO and the product is really suitable for my skin.
Nina Mirza said…
Kak nina pun pakai AVCO ni as double cleansing dan make up remover.
Pakai kat rambut jugak untuk elakkan hujung rambut bercabang. Suka pakai ni, sesuai untuk seisi keluarga
Fiza Aizzawa said…
guna jugak, boleh bawa merata sbb ringan