Selamat Hari Jadi My Dear Self..


24 Ogos , tarikh keramat dalam hidup. Alhamdulillah, sudah mencecah 34 tahun sudah hari ini. Terlalu banyak nikmat dan rezeki Allah hadiahkan. Begitu juga dugaan dan cabaran yang mematangkan jiwa. Syukur, tarikh ini dapat sambut hari jadi di sisi suami dan anak-anak tersayang.

Selamat Hari Jadi My Dear Self..


Hari jadi tak lengkap tanpa hadiah kan??

Huda nak throwback sikit lah, tahun lepas encik suami hadiahkan kebebasan me time yang sangat seronok dan penat!

Seronok baca post birthday tahun lepas ni blog.
>> Hadiah Hari Jadi 3 Puluh 3  <<
Salah satu perkara best bila blogging, memori semua dah tersemat di sini..

Tahun 2020 yang sinonim dengan tahun penuh dugaan dan cabaran , termasuk juga tahun online seminar  sana sini.

Hadiah hari jadi yang huda request pada encik suami , hanya lah bayaran kelas Hopeful Parenting Deep Impact dari Prof Muhaya dan Dr Atiyah.



Alhamdulillah, semalam seharian mendengar ceramah parenting. Syukur dapat ilmu baru yang sangat berharga dalam menjadi mama yang lebih baik untuk The Arifs.

Suprise Birthday Dari The Arifs


Tadaaa...


Tahun ni Papa dan The Arifs buat suprisse bagi phone baru pada mama.
Alhamdulilah, jimat duit sendiri..hehe, sebab dah plan nak beli phone baru pun.


Sempena birthday hari ni, huda suka nak ingatkan diri sendiri dan juga anda...


SEMAKIN BERTAMBAH USIA....


Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta Dunia.
(Qs.Hud:15-16)


Semakin bertambah usia semakin kabur Matanya... Kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
(Qs.Al Isra:72)


Semakin bertambah usia semakin Sensitif.... kerana Allah sedang mengajar.. bahwa pautan Hati dengan makhluk sentiasa mengHampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
(Qs.Al Lukman :22)


Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya.
(Qs.Ali Imran:145)


 Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawanya akan di ambil...
(Qs.An Nisa:78)


 Semakin bertambah usia semakin Rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kafan yang Putih.
(Qs.Ali Imran:185)


 Begitu juga Hati...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia...
(Qs.Al-An'am:32)


Sumber : Ustaz Iqbal Zain


Doakan huda panjang umur dan murah rezeki selalu...

P/s : Lagi 2 weeks birthday Arif Haikal..apa yer mama nak plan suprise untuk dia...

Post a Comment

0 Comments