McDonald’s Malaysia Sokong Saranan Kerajaan Galak Derma Darah

McDonald’s Malaysia sentiasa menyokong saranan kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menderma darah secara berkala dengan mengadakan Hari Derma Darah pada 13 dan 14 Ogos 2020. Hari Derma Darah ini diadakan secara terbuka kepada orang awam setiap tahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Hari Derma Darah yang diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia telah menyaksikan kehadiran lebih 500 penderma. Ini berbanding 287 penderma pada tahun 2019 dan 208 penderma pada tahun 2018. 


“Setiap tahun, Hari Derma Darah seumpama ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum dan kakitangan McDonald’s Malaysia sendiri. Jalinan kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan PDN telah bermula sejak empat tahun lalu. Seiring dengan saranan kerajaan, McDonald’s Malaysia ingin turut serta memainkan peranannya dalam mewujudkan kesedaran berterusan dikalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah. Kami mensasarkan 300 pendermata huni ni, dan berasa amat gembira dengan kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan,” 
-Azmir Jaafar, PengarahUrusan dan RakanOperasiTempatan, McDonald’s Malaysia

Menurut Dr. Noryatibinti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara.

“Dengan kerjasama PDN, kami menyambut baik inisiatif Hari Derma Darah oleh McDonald’s Malaysia,yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Kempen ditempat kerja sebegini akan menggalakkan amalan mulia menderma darah di kalangan warga kerja McDonald’s Malaysia. Memandangkan ianya juga terbuka kepada orang awam, PDN yakin kempen ini dapat mewujudkan kesedaran meluas mengenai kepentingan darah dan menarik minat masyarakat untuk menjadi penderma darah. PDN juga mengucapkan syabas kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur kempen pendermaan darah yang konsisten dan pastinya darah yang didermakan semasa kempen ini akan menyumbang dalam perawatan pesakit. PDN juga berharap penganjuran program kesedaran dan kempen pendermaan darah sebegini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat, pertubuhan dan organisasi lain seperti mana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia,” 


Sebagai tanda penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucar tunai McDonald’s, set hidangan McChicken, dan Sundae Cone kepada para penderma darah yang hadir.

Baca Sini : 5 Ceklist Sebelum Derma Darah

Post a Comment

0 Comments