7 Restoren Steak Halal di KL yang Patut Korang Terjah!


Craving nak makan daging? Huda biasa setiap bulan sekurang-kurangnya sekali mesti nak terjah mana-mana restoren steak demi memenuhi craving . Entry huda kali ni memang di tujukan khas untuk korang yang tengah craving nak makan daging di sekitar area Kuala Lumpur. Jom sama-sama kita terjah 7 restoren steak Halal di KL.


7 Restoren Steak Halal di KL yang Patut Korang Terjah!


#1 Me’nate Steak Hub


Restoren ini adalah salah satu restoren favourite huda bila teringin nak makan steak. 
Me’nate Steak Hub terkenal dengan hidangan stik Wagyu.  Di Me'nate, anda juga boleh memilih jenis daging, ukuran dan bagaimana korang mahu ianya dimasak.

Lokasi Me’nate Steak Hub : 
- Setapak (Starparc Point)
- Ampang Jaya (Jln Kolam Air Lama)

Waktu operasi
11 pagi -11 malam setiap hari 


#2 Meat Point Halal Steakhouse



Restoren yang dimiliki oleh orang Melayu dan terletak di kawasan strategik di Taman Tun Dr Ismail ( TTDI) tidak asing lagi dengan pemandangan makanan di KL. Menawarkan pelbagai jenis daging seperti  grain or grass-fed 
tenderloin, ribeye, striploin, T-bone dan juga daging wagyu. 
Waktu operasi:
 Isnin-Khamis; 12 PM-10.30 PM,
 Jumaat- Ahad; 12 PM-11 PM
Alamat: 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur


#3 Beard Brothers’ BBQ


Beard Brothers’ BBQ memperkenalkan kepada rakyat Malaysia dengan barbeku gaya Texas yang berkualiti. Dengan menggunakan kaedah terbaik untuk BBQ, mengambil masa hampir 20 jam untuk persediaan dan memasak, pastinya steak di sini lain dari yang lain.  Jadi tak rugi kalau korang terjah makan steak BBQ di sini!


Waktu operasi:
Selasa - Khamis; 12PM-2PM, 6 PM-10PM,
Fri; 6PM-10PM,
Sat-Sun; 11AM-10PM
Isnin - TUTUP

Alamat: P-G-01, Persiaran Tropicana, Tropicana Avenue Petaling Jaya, Malaysia 47410


#4 Sixty9 Islamic Steakhouse




Dulunya dikenali sebagai Wadihana Islamic Steakhouse, restoren steak Halal ini dimiliki oleh sekumpulan lima rakan yang saling mengenali sejak di bangku sekolah ;agi. Dengan menu daging yang pelbagai untuk dipilih seperti steak, lamb shank dan banyak lagi, korang rembang mata dengan pilihan di sini. 
Terletak di Taman Melawati yang sangat strategik menyebabkan restoren ni selalu penuh dengan pelanggan! Keistimewaan di sini adalah kuah buatan sendiri dan juga size hidang yang agak mewah dan korang boleh kongsi makan berdua.  

Waktu Operasi; 11.30 AM -11.30 PM setiap hari
Alamats: 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor




#5 Simply Ribs




Peminat Ribs wajib terjah restoren ni! Smokey Beef Ribs "Oh Yeah" merupakan signature dish di sini yang menjadi pilihan utama pelanggan! Hidangan signature slow-cooked beef ribs yang di masak dengan pelbagai style seperti Dino Ribs dan Jalapeno Ribs pastinya buatkan korang akan "craving for more".

Waktu Operasi:
Selasa - Ahad ; 12PM-11PM
Alamat: 36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

#6 Top Steak House



Top Steak House merupakan restoren yang menghidangkan bukan sekadar steak , malahan  menu mereka lebih dari 60 hidangan! Maka , bila satu family makan bersama banyak pilihan kan nak makan apa. Ramai pelanggan yang akan repeat makan di sini sebab sos barbeku pedas yang sangat sedap! Dengan harga hidangan mereka berpatutan, pastinya pelanggan akan seronok nak makan sini lagi. Jom kita terjah dan rasai sendiri keistimewaan hidangan steak dan pelbagai hidangan lain di sini.

Waktu Operasi :
Sabtu - Khamis :  12PM-12AM; 
Jumaat :  3PM-12AM
Alamat: No 2 Jalan Tasik Utama 10 Medan Niaga Tasik Damai (Lake Fields) Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia 57000

#7 Jahhet Fine Meat


Jahhet Fine Meat  ini lebih kurang konsep macam restoren Menate Steak Hub.
Meat lovers berpeluang menikmati  daging import seperti A4 or A5 Japanese wagyu dan M9+ Australian wagyu dengan pilihan 7 potongan berbeza seperti  striploin, tenderloin, back ribs dan tomahawk. Paling seronok, bila makan di sini, tak payah risau nak beli air  sebab boleh free refill dengan setiap pembelian steak. Berbaloi kan?

Lokasi  Jahhet Fine Meat
 Ampang - Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Bangi - E—G-09, Streetmall Bangi Gateway,Jalan GE, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, Selangor


Waktu Operasi : Selasa - Ahad | 12 pm- 10 pm


Boleh ke Order Steak Delivery Jer??

Teringin nak makan steak tapi malas nak keluar rumah atau kesibukan kerja? 

Zaman sekarang sangat mudah, kalau search western food near me  di aplikasi food panda, korang akan jumpa pelbagai pilihan steak halal di sekitar KL yang boleh korang tapau melalui food panda jer. 

Huda pun antara pengguna tegar food panda, yer lah zaman sekarang nak keluar makan di luar bawa anak-anak keluar memang agak leceh dengan SOP bagai kan. Maka tempahan makanan melalui food panda adalah keutamaan. Proses tempahan dan penghantaran pun mudah dan cepat. Paling best bila dapat free delivery, dan apply kupon promosi berkala yang di tawarkan oleh food panda. 


Selamat menjamu selera , tidak kira di rumah atau di pejabat, food panda kan ada!!


Post a Comment

6 Comments

Nadia Johari said…
Sedapnyaaa.. Nad pun suka makan steak.. Hah boleh pesan denganfoodpanda
Calrase Patrick said…
Perghhh baru nampak gambar dah rasa lapar hikhik

Jangan lupa baca artikel terbaru saya ya Cara Buat Duit Dengan TikTok
Sue Izza said…
arrrrrr stressss nyaaaa tgk gambar makanan hahahahha terliurrrr
Akashah Kassim said…
Ini kategori makanan lepas dpt gaji
Ai said…
Favourite betul makan steak tapi tak boleh selalu.
mas saari said…
Semua sedapnya, paling teringin nak makan kat Me'nate Steak Hub tu.