Wah, McD Putrajaya Jadi Little Seoul!

McDonald's Malaysia membawa pelanggan berkunjung ke Korea sempena kempen ‘Discover the World’. McDonald's mengubah McDonald’s Pandu Lalu Putrajaya menjadi 'little Seoul' mulai hari ini hingga 12 Ogos. Selain itu ia membawa kembali Burger Korea Pedas yang sangat digemari ramai sejak diperkenalkan pada tahun 2017 


Wah, McD Putrajaya Jadi Little Seoul! 




Bertemakan "Pengalaman Seoul", restoran itu dihiasi dengan tanglung, hiasan dinding, dan sebuah tirai latar (backdrop) di luar restoran untuk pelanggan bergambar. Krew restoran juga akan mengenakan pakaian tradisional Korea untuk melayani pelanggan. 

Menurut  Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia. 

Selama beberapa tahun, kempen 'Discover the World' memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menikmati pemandangan, bunyi, dan citarasa dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Kempen tahunan ini merupakan platform penting kami untuk menunjukkan komitmen dalam menyediakan pelbagai jenis menu berbeza dan lazat kepada rakyat Malaysia,
Kami ingin mengubati kerinduan untuk melancong ke luar negara, dan membawa pelanggan ke destinasi kegemaran mereka melalui hidangan kami. Itulah hasrat kami dengan membawa ‘Seoul’ ke restoran di Putrajaya, sebagai satu pengalaman Korea sebenar di Malaysia,

Keistimewaan Burger Korea McDonald's


Burger Korea Pedas disajikan dalam dua pilihan – Daging Yang Digril dan Kepingan Ayam Rangup – dihidangkan bersama keju cair, campuran sayur-sayuran segar, bawang yang digril, dan sos Pedas Korea, serta diapit dengan roti arang lembut. Burger edisi terhad ini boleh didapati di semua restoran McDonald's di seluruh negara, sementara stok masih ada. 



Bagi penggemar pencuci mulut, mereka juga boleh menikmati Black Forest Pie – dengan kulit pai coklat rangup yang padat dengan inti strawberi dan kastard berkrim – atau Black Forest McFlurry baharu, dengan keenakan strawberi dan coklat dalam aiskrim vanilla istimewa McDonald’s.


Jom Join Contest #McDaebak TikTok Challenge


Bagi menjadikan kempen ini lebih menarik, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan #McDaebak TikTok Challenge untuk disertai oleh rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi baucar tunai McDonald’s. Peserta perlu merakam video mereka ketika menikmati Burger Korea Pedas dan menunjukkan versi transformasi "Daebak" (hebat) mereka dengan lagu "Clap" di TikTok. Peserta dengan penyertaan yang sah juga layak menikmati diskaun 30% untuk pembelian Burger Korea Pedas berikutnya. 


#McDaebak Challenge di TikTok berlangsung sehingga 2 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my/mcdaebakchallenge
Jom kita sama-sama terjah McDonald's hari ini!! 

Post a Comment

4 Comments

Han Hanni said…
Amboihhh korea di McD. Tak try lagi menu korea dia
Suria Amanda said…
Tudiaaaa....ramai la berkunjung ke sini nak merasai kehangatan suasana dia Korea..yang penting jaga penjarakkan dan follow SOP ye...
wah menarik sgt ni
mesti kena cuba burger ni