Throwback 1st Half 2020


Alhamdulillah. Sudah masuk dari ke 7 di bulan ke 7 tahun 2020.
Hari ini huda nak throwback segala pencapaian dan memori indah yang tercipta pada 1st Half 2020. Seronok sebenarnya bila tulis artikel throwback ni..secara tak langsung rasa syukur itu bertambah berlipat kali ganda.

Throwback 1st Half 2020


Januari 

Bulan Januari, kami sekeluarga tidak travel ke mana -mana lokasi di luar Kuala Terengganu. 
Di Kuala Terengganu sendiri terlalu banyak tempat menarik antaranya yang sempat kami kunjungi pada bulan Januari yang lepas adalah 

Boleh rujuk juga senarai tarikan unik dan menarik di Terengganu

Februari 

Bulan Februari, walau paling singkat di tahun 2020, cuma ada 29 hari sahaja tapi huda paling banyak berjalan! I LIKE!!





Mac 


Bergambar di Jesselton Point , sebelum Island Hopping

  • Pengalaman 1 hari naik 3 jenis kenderaan Darat, Laut , Udara
    • Pagi : Naik kereta 3 jam dari Kota Kinabalu - Menumbok
    • Petang : Naik speedboat Menumbok - Labuan
    • Malam : Naik kapal terbang Labuan - Kuala Lumpur





Selang seminggu lebih kami raikan tetamu akak huda datang bercuti ke Kuala Terengganu dan day trip ke Pulau Kapas







April 

Pengalaman PKP yang sangat mencabar
Hampir tiada langsung job  dan bisnes suami langsung tak jalan.
Namun rezeki Allah sentiasa melimpah ruah.
Walau tiada customer dan job, keperluan seharian kami serba serbi cukup dan sempurna.
Macam-macam hadiah dan sumbangan dapat. Alhamdulillah.


Mei 

Bulan Mei ada tragedi berdarah yang buat jantung huda terhenti seketika..
Tragedi Arif Luka di Kelopak Mata

Pada bulan ini juga, sedih juga hati sebab tak boleh nak balik raya di kampung huda di Johor.
Memori Syawal paling takboleh lupa sebab raikan hari raya di waktu PKP. 


Jun



Pada bulan Jun, huda ambil keputusan nak aktif menulis dengan lebih serius, dan secara rasmi Huda sudah menjadi Ghost Writer!


Menulis Ebook Sulung dan berjaya terbit pada awal bulan Julai 2020
Boleh klik untuk pembelian ebook sulung >> https://bit.ly/7FormulaMenulisBlog


Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang huda capai impian terbesar di tahun 2020 iaitu bercuti ke Sabah. Kemudian huda semakin berani untuk mencabar diri sendiri dan unlock potensi dalam diri huda sendiri!

Semoga separuh kedua di tahun 2020 ini huda mampu capai macam-macam lagi dan jejakkan kaki ke destinasi menarik di Malaysia.
Semoga murah rezeki anak-anak....





Post a Comment

7 Comments

Erra Kyra said…
MasyaAllah.. barakallah kak..👍👍🎉
umminani said…
sempat jalan2 kan...rezeki . begitu juga esok..kita tak tahu apa jadi. hargai masa yang ada
Han Hanni said…
First Half 2020 tak banyak aktiviti kami. just rutin biasa. kecuali weeding adik on feb
Radhia Razali said…
waaa..sempat jalan-jalan di banyak tempat yea. sebelum MCO
Slumber Lady said…
Wah, walaupun ada PKP, itu tak menjadi penghalang untuk berkembang!
Ai said…
Seronok nya banyak temppat berjalan.
Marina Bashah said…
Alhamdulillah. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan first half 2020 ni walaupun tengah PKP bulan 3 sampai 6