Teknik Self Healing - Butterfly Hug


Hai, korang layan tak drama korea terbaru di Netflix yang berjudul " It's Okay To Not Be Okay ". Huda memang ikuti drama ini seawal ia ditayangkan di Netflix bulan lepas. Pada episod kedua, ada satu babak yang mengajar teknik self healing yang di namakan Butterfly Hug.



Teknik SELF HEALING | BUTTERFLY HUG METHOD 



Sebelum ini huda ada berkongsi satu kaedah self healing secara dalaman dengan kawal fikiran dan hati serta mendekatkan diri dengan Allah. Boleh rujuk post huda DISINI

Hari ini pula huda nak berkongsi satu lagi teknik self healing untuk mengawal emosi dengan kaedah BUTTERFLY HUG METHOD. Boleh rujuk video di atas untuk tahu bagaimana untuk melakukan kaedah ini. 

The Butterfly Hug ini merupakan kaedah intervensi terapeutik untuk menenangkan dan mententeramkan diri yang beremosi Kaedah ini dicipta oleh dua pakar Lucina Artigas, M.A., M.T., dan Ignacio Jarero, Ed.D., Ph.D. 


Semoga teknik ini bermanfaat untuk kita tatkala emosi mula merasuk akal fikiran. 

Walau bagaimana pun, jika anda rasa teknik ini tidak berkesan untuk memberi ketenangan , pakar mengesyorkan sebarang aktiviti fizikal bilateral boleh di lakukan untuk menenangkan diri.

Antaranya adalah bermain drum, berjalan, berenang dan melihat permandangan dengan mengimbas secara ulang alik.

Senoga perkongsian huda hari ini memberi manfaat dan membantu kita semua dalam mencari ketenangan saat emosi berkecamuk! Walau apa pun cara, solat dan Al-Quran tetap menjadi penawar paling mujarab bagi orang mukmin.

Post a Comment

5 Comments

Ai said…
Tak sempat lagi tengok.
shima jelani said…
Ramai yang kata citer ini best. Boleh tengok nanti :)
Nadia Johari said…
Baru tau paslni.. Menarik dia ajr teknik mcm ni
Marina Bashah said…
Macam2 teknik untuk tenangkan hati
Gro Hedry said…
A sensation of more noteworthy arrangement with your I Am Presence. reiki master near me

An opening to get more Divine Love.