Hye semua! Sepanjang PKPP ni korang dah holiday ke mana? Rugi tau kalau tak ambil peluang bercuti waktu sekarang ni sebab banyak diskaun menarik. Pada minggu lepas huda dan keluarga pergi bercuti ke Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga merentas negeri setelah kerajaan memberi kebenaran dalam tempoh perintah kawalan pergerakan berfasa ini.
Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort Semasa PKPP
Keputusan untuk pergi bercuti di buat setelah The Arifs request banyak kali nak pergi hotel dan mandi pool. Huda ni kalau anak-anak minta apa-apa, akan sedaya upaya tunaikan.
Setelah survey harga dan pengumuman swimming pool kembali di buka pada 1 Julai 2020, huda tanpa ragu-ragu terus booking hotel di Tok Aman Bali Beach Resort.
Kenapa travel sampai ke Tok Aman Bali dan bukannya bercuti di sekitar Terengganu?
Huda stay di hotel 4 bintang yang menawarkan servis berbaloi, keselesaan bercuti dan dapat bawa anak-anak berjalan tengok permandangan jauh sikit dari rumah. Walau tempoh perjalanan dari rumah kami ke Tok Aman Bali Beach Resort ini hanya memakan masa 1 jam 30 minit.
5 Sebab Pilih Bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort
#1 Swimming Pool yang luas

Keriangan anak-anak bermain di dalam swimming dan di awasi Papa. The Arifs gemar bermain di kolam renang dewasa yang dalam. Puas untuk berenang.
#2 Bilik yang luas
#3 Bilik air ada bath tub
Bath tub yang boleh "see through" dari bilik. Boleh pantau anak-anak main dalam tu, sambil Huda rehatkan badan di atas katil.
#4 Aktiviti Menarik di sekitar resort



#5 Promosi Menarik dan Jimat

Huda ternampak poster ini, terus tunjuk pada encik suami. Alhamdulillah, encik suami setuju untuk bawa kami bercuti ke sini. Huda pun hubungi staff Tok Aman Bali dan buat tempahan.
Huda grab promosi Mid Year , dengan bayar cuma RM 180 sahaja siap dengan sarapan pagi dan juga makan malam. Sangat-sangat berbaloi!
Ini menu makan malam yang termasuk dalam pakej percutian kami.
Dapat air jus dan plain water.
Menu breakfast di Tok Aman Bali Beach Resort. Nasi Lemak simple sahaja.
Sebab tak banyak pilihan menu breakfast, huda juga makan nasi bubur.
Walau di sini banyak sangat aktiviti menarik, kami sempat naik Swan Paddle boat sahaja. Percutian singkat 2 hari 1 malam rasa macam tak cukup jer.

Secara keseluruhan , kami sangat enjoy nikmati percutian pertama selepas diberi kebebasan untuk merentas negeri oleh kerajaan.
Tok Aman Bali Beach Resort, kami tak pernah jemu datang bercuti ke sini hampir setiap tahun akan datang ke sini. Tak silap kami dah repeat bercuti ke sini lebih lima kali!!
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari website rasmi Tok Aman Bali Beach Resort
https://www.tokamanbali.com.my/
Ikuti juga media sosial Tok Aman Bali Beach Resort di pautan berikut
Instagram : https://www.instagram.com/officialtabbr
Facebook : https://www.facebook.com/tokamanbaliresort.kelantan/
5 Comments