Salam Hujung Minggu untuk semua pembaca blog huda hari ni. Alhamdulillah, weekend kita dah kembali "hidup" apabila MKN dan beri kebenaran untuk bawa anak-anak keluar rumah. Hujung minggu biasa huda memang akan bawa anak-anak breakfast kat luar. Maka, hari ini gantung kuali yer, kita makan di luar. Hari ni lokasi sarapan pagi kami agak eksklusif di Duyong Marina Resort yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Sarapan Pagi Nasi Dagang 3 Riya di Byte Cafe, Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu
Target utama huda nak makan di sini adalah nak makan nasi dagang yang murah, lebih murah harganya dari beli di gerai atau warung tepi jalan yang kebiasaanya berharga RM4.50 satu bungkus.
Di sini sepinggan nasi dagang hanya RM 3 atau orang teganu sebut 3 Riya. Murah kan?
Di sini sepinggan nasi dagang hanya RM 3 atau orang teganu sebut 3 Riya. Murah kan?
Menu sarapan kami suami isteri, Nasi Dagang 3 Riya
Abang Arif Haikal makan nasi lemak. Lengkap nasi lemak ikan dengan sayur kangkung celur,
kacang , ikan bilis dan timun.
Adik Arif Hakim makan bihun goreng. Bihun goreng agak kurang menarik, nampak kosong sahaja.
Selain makan nasi , kami juga makan kuih muih di sini. Sedap! The Arifs suka dan ajak lagi makan kuih di sini.
Ini senarai harga makanan yang di di Byte Cafe, Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
Bagi huda dengan harga yang di tawarkan, lokasi , servis dan tahap kesedapan juadah di sini sangat-sangat berbaloi untuk datang bersarapan di sini bersama keluarga.
Ini permandangan dari meja makan kami. Nampak nun di sana
jambatan ikonik - Terengganu Drawbridge.
jambatan ikonik - Terengganu Drawbridge.
Alhamdulillah, dapat makan semeja 4 orang setelah berbulan tak makan outdoor macam ni..
Selepas makan, kami berjalan-jalan di kawasan Marina dan menikmati udara pagi yang menyegarkan dan tenang. Huda dan family seminggu sekali jer makan kat luar dan makan yang manis-manis. Risau abah huda ada kecing manis dan diabetis. Orang kata penyakit keturunan tu. makan harus berpada-pada, tapi tak delah tak makan langsung.. Boleh baca disini penawar diabetis
Mungkin lepas ni boleh cuba makan malam pula di sini. Ada promosi steamboat untuk menu makan malam di sini. InshaAllah,murah rezeki nanti boleh belanja anak-anak makan di sini lagi. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini boleh ikuti Duyong Marina Resort di pautan sosial media berikut : -
Facebook : https://www.facebook.com/DMRduyongmarinaresort/
Instagram : https://www.instagram.com/duyongmarinaresort/?hl=en
Sekian sharing di hujung minggu ni. Apa jua plan korang hari ni, huda doakan dipermudahkan dan sentiasa jaga keselamatan diri dan bawa sentiasa hand sanitizer yer. #KitaJagaKita
Facebook : https://www.facebook.com/DMRduyongmarinaresort/
Instagram : https://www.instagram.com/duyongmarinaresort/?hl=en
Sekian sharing di hujung minggu ni. Apa jua plan korang hari ni, huda doakan dipermudahkan dan sentiasa jaga keselamatan diri dan bawa sentiasa hand sanitizer yer. #KitaJagaKita
7 Comments
sedapnya nasi dagang
rindu nak makan