Pengalaman Menggunakan NAKADA Air Fryer


Alhamdullillah wishlist  nak miliki air fryer tercapai minggu lepas. Ada rezeki lebih bulan Syawal ni, apa salah yer hadiahkan diri sendiri dengan gadget dapur yang teringin nak beli. Keputusan nak pilih model apa air fryer yang terbaik dan juga yang sesuai dengan budget bukannya mudah. Dari berhari sampai ke minggu dok fikir. Akhirnya, Nakada Air Fyer Model NKD 1300 menjadi pilihan.


Beli NAKADA Air Fryer di Shopee. 


Huda memilih untuk beli Air Fyer melalui  Shopee sebab grab offer flash sale, dapat lah jimat sikit.



kalau korang berminat juga nak beli boleh klik sini >>https://shp.ee/jc3ue8z

Unboxing NAKADA Air Fryer 


Jom layan video unboxing ni dulu.

Nakada Air Fryer Features:
  •  Dual Temperature Sensing Mode 
  • Open Pause Mode
  •  Transparent Design
  •  Knob Timing Control 
  • Easy To Clean
  • Light Weight 
2 Step Easy Cooking 
  •  60 minutes timer 
  • Maximum 220ºC high temperature

Pengalaman Menggunakan NAKADA Air Fryer 


Lepas sahaja unboxing dan baca buku manual yang di sediakan huda cuci bersih semua aksesori yang di berikan seperti inner pot, frying basket, pan dan juga grill rack. Selepas kering baru lah guna untuk memasak kali pertama. 

Air fryer ni adalah kitchen gadget yang sangat penting bagi huda, sebab memudahkan masak, dan bantu capai target nak eat clean dengan masak masakan yang kurang berminyak. Nak cantik,kurus dan sihat, haruslah kita berubah cara pemilihan makanan yang lebih sihat dan juga tak lupa pengambilan supplemen tambahan macam Peria Plus yang terbukti berkesan bantu miliki badan yang sihat dan kulit yang cantik!


Pengalaman pertama huda menggunakan Air Fryer ni adalah masak ayam panggang.

Huda set suhu 200 darjah celcius dan set timing 25 minit.
Huda sangat puas hati sebab ayam masak sempurna dengan masa yang agak singkat. Sebelum ni huda masak ayam panggang guna oven, lambat masak kena tunggu sampai sejam.

Tapi sekarang guna Air Fryer, tempoh waktu memasak lebih singkat dan ayam masak sempurna.  I LIKE!!

Perkara paling huda suka tentang NAKADA Air Fryer ni berbanding air fryer jenama lain di pasaran adalah mudah dibuka, di cuci serta boleh lihat hasil masakan dalam air fryer tu. Puas hati sangat bila dapat lihat lemak-lemak cair dan mengalir ke bawah.

InshaAllah, next entry huda kongsi pengalaman huda baking kek pula menggunakan air fryer.

P/s : Menu apa lagi yer yang best masak guna Air Fryer?


Post a Comment

12 Comments

Sue Izza said…
wishlist sue yg belum tercapai huhuuu
Nadia Johari said…
Wishlist juga.. Tapi nanti sbr dulu.. Menarik juga airfryer ni
Permatabiru said…
Join group FB airfryer MCM2 menu depa buat hehe...next boleh try kek pula burntcheesecake
Ai said…
Seronok guna air fryer. Senang.
Izyan Balqis said…
Bestnya dapat guna air fryer ni. Nais
MissButterfly said…
Memang bercadang nak beli air fryer, tapi banyak sangat pilihan. Thanks sis!
Marina Bashah said…
Sonoknya ada air fryer. Tak beli2 lagi air fryer
Unknown said…
Sy baru ja beli nakada air fryer ni.. Tp sebab apa ya lampu kejap mnyala kejap2 padam ya
Susan said…
Once again I enjoyed a delicious read. This was also needed google translation help to understand the whole appetizing details you stated for us. You did really amazing job. I think your fans and folks will love it very much. Anyway, for appliance repair expressrepair.ca can be a good appliance solution partner for the guys in the area.
Sinen Yoku said…
The older would cherish the air fryer for its basic use.
best air fryer toaster ovens 2021
Alia parker said…
A cooking location's plumbing system consists of water supply lines as well as also, for the most part, a gas supply pipe. The recognizable part of the sink's pipelines is virtually always positioned straight listed here the sink, inside the sink's base cabinet. kitchen plumbing