Nak Buat Cermin Mata Murah Giler dan Dapat Diskaun? Pergi jer sini..


Jika kita diberi peluang untuk berjimat kenapa harus membazir, betul tak? Rasanya lepas PKP ni ramai orang power spek makin tinggi , yer lah dengan hadap gadget lebih kerap dari biasa bermula bangun tidur sampai nak tidur semula. Maka,  wajib korang pergi cek mata dan dapatkan spek baru. Meh sini baca sampai habis, huda nak kongsi kedai spek murah giler dan korang juga boleh dapatkan diskaun!!

Cermin Mata Murah Siap Dengan Lens Alpha Blue 420

Huda nak ajak korang semua terjah kedai cermin mata murah giler tapi kualiti TIP TOP! Kat mana lagi, di Eye Pro Vision di Sg Wang lah. Viral dah kedai ni, sebab berbaloi buat cermin mata sini. Huda pun dah pergi. Boleh baca pengalaman huda buat cermin mata di sini >>Buat Spek Hari Jadi di Kedai Spek Viral No. 1 - Eye Pro Vision Sungei Wang  <<


Alang-alang buat cermin di sini, pastikan korang amik siap lens Alpha Blue 420 ni. Boleh tengok video di bawah demo dah kehebatan Lens Alpha Blue 420 ni. 



Okay, bila korang dah sampai kedai, pastikan tunjuk kupon diskaun ni yer.. boleh jimat dan dapatkan diskaun RM 10. 




Eye Pro Vision buka pada pukul 11 pagi hingga 6 petang sahaja.
Pelanggan yang mengunjungi kedai dihendaki memakai topeng muka tiga lapis (3-ply mask) dan mengamalkan penjarakkan social (social distancing) sejauh 1 meter daripada individu yang lain.

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza KL
Facebook : https://www.facebook.com/EyeProVisionViral/

Post a Comment

24 Comments

Izyan Balqis said…
Ada pakej best tak? Macam nak tukar spek baru ni
thanks sharing. boleh promote dekat kawan-kawan dan keluarga untuk pergi sini. murah-murah tu yang kita mahu.. hehe
dorsett pink said…
Murah.murah sangat. Ada 1 kedai kat the mines mines pun sama murah kaw-kaw
Fiza Aizzawa said…
Tahu memang murah.. nntlah kalau ada masa nk pergi jugak..
Ai said…
Teringin nak buat bingkai mata kucing tu..
Emme Marina said…
murah, nasib lah baru beli spek ritu. kalau tak, termakan hasutan juga ni
Slumber Lady said…
Baru je tukar spek hari tu. Selepas 7 bulan bergantung pada contact lens. Haha. Tapi nampak menarik offer ni.
SalinaJohari said…
kan..banyak betul pilihan..rambang mata bila pegi sini
Kayathre said…
Saya pun nak tukar spek juga. Dah lama tak tukar. Rasanya dah few years kot.
Izaramli said…
owh ni la kedai cermin mata yang viral tu eh? ramai cakap murah pastu servis cepat. tapi mesti ramai orang kan? klu kat kat kl ni dah pergi ni buat cermin mata baru.
marsha said…
Lama dah usha kedai ni. Nanti kalau ke KL nak terjah sini juga.
Nadia Johari said…
Memang murah sangat.. Nad dh buat dua kli dekt sini
Aerill Hassan said…
murahnya. teringin nak buat, tapi belum berkesempatan lagi. in shaa Allah bila ada ruang dan peluang nanti ;)
Nina Mirza said…
Meang murah Berbaloi-baloi buat spek kat sini. Nina pun buat sini dah beberapa tahun ni. Servis best. Terbaik laaa
Mas FVOME said…
kedai cermin mata viral ni..kalau pakai spek pergi juga kt sini agaknya
Sis Lin said…
Hrtu berangan gak nak buat cermin mata raya hehehe tapi duk PKP, semua kedai tak bukak, nanti nak buat juga...saje bertukar gaya hehehe..murah laaa..adeii JB ada tak ek?
Han Hanni said…
agaknya ni kot kedai yang viral murah kat sungai wang.. kat klang ada sebijik kedai murah. Nama kedai NUR KASEH kalau tak silap. Anak sedara selalu buat spek kat sana
Saya dah pernah buat cermin mata dekat sini juga, servis memang cepat 60 minit dah siap.. kualiti pon bagus banyak pilihan frame
Marina Bashah said…
Kalau dekat dah pergi dah ni
MaisarahSidi said…
Alaaaa bestnya siap ada kupon diskaun tu. Saya baru je buat spek ni. Kalau dekat, lama pergi situ dah.
Ana Suhana said…
Spek ana skrg beli dkt sini lah. Puas hati sebab murah sgt.
halimah muhiden said…
Kak pernah sggh kedai cermin mata ni tp sggh jer next tome blhlah pg bila keadaan mengizinkan
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this, after CMCO i nak bawa my parents for eye check-up juga.
Ruby said…
Bagus promosi macam ni. Moga yang memerlukan spek boleh pi buat dengan kupon diskaun tu. Sure ramai nak.