Mudah Dan Cepat Pengeluaran Duit i-Lestari KWSP




Hujung minggu lepas, tergerak hati nak cuba-cuba apply i-Lestari KWSP. Pada awalnya tak nak pun keluarkan duit KWSP ni..tapi entah weekend lepas terisi pulak borang yer. Maybe cara permohonan senang sangat, informasi basic sahaja perlu diisi, nombor KWSP tak perlu isi pun. Huda memang dah lama tak amik tahu pasal berapa duit dalam KWSP sejak berhenti kerja. 


Mudah Dan Cepat Pengeluaran Duit i-Lestari KWSP

Huda memang tak daftar akaun i-Akaun KWSP dan penyata KWSP memang bertahun tak check. Yang pasti ada la few thousand dalam tu.

Ketika PM announce boleh keluarkan duit masa awal-awal pengumuman bantuan PRIHATIN, tak teruja langsung nak keluarkan walaupun kecoh dalam group whatsapp tentang ni.  Entah lah, rasa cukup dan bersyukur dengan rezeki yang ada ketika itu.

Namun, minggu lepas saja nak cari informasi tentang i-Lestari ni keluarkan duit dari Akaun 1 atau Akaun 2. Terklik pulak borang dah isi borang yer.



Borang Permohon i-Lestari KWSP
>> https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php <<



Perbezaan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 

Akaun 1

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja. Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun.

Akaun 2

Simpanan di dalam Akaun 2 pula adalah bertujuan untuk membantu kita membuat persediaan bila nak bersara.

Oleh itu, pengeluaran dibenarkan bagi tujuan seperti:
  • Usia kita mencecah umur 50 tahun.
  • Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama
  • Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama
  • Pembiayaan pendidikan diri kita dan juga anak-anak kita.
  • Menampung kos-kos perubatan diri kita dan anak-anak kita.
  • Menunaikan haji (berkuatkuasa 1 Januari 2013)

Lepas 2 Hari Duit i-Lestari KWSP dan Masuk Akaun!





Alhamdulillah, ada extra money bulan Jun ni.. Serius tak sangka secepat ni! Ada extra duit ni, tak nak beli bukan-bukan , manfaatkan untuk investment. InshaAllah..semoga berkat rezeki huda dan keluarga. Jadi lepas ni akaun 2 akan surut dan tunggu 21 tahun akan datang lah baru boleh keluarkan duit akaun 1. 

Post a Comment

7 Comments

Sis Lin said…
Alhamdulilah, moga memberi manfaat buat Huda dan kepada semua yang memerlukan..Sis ko juga yang takde kwsp kakakakakah
SalinaJohari said…
Alhamdulillah, ada rezeki Huda seisi keluarga
Akashah Kassim said…
kita dah bawa keluar duit kwsp untuk sambung belajar master dulu
Izyan Balqis said…
Alhamdulillah, i-lestari dapat bantu iQ lebih2 lagi dlm tempoh pkp ni
Nadia Johari said…
Nad pun tak pernh cek. Haritu isi juga sbb pernah kerja. Tak tau la bab akaun 1 ke akaun 2. Sekali dh masuk haritu bulan may. Memnag nak simpan taknak usik
Mas FVOME said…
sy keluarkan jgk..boleh lah back up time cemas2..x de la x bernafas..hihi
Marina Bashah said…
Tak keluarkan lagi duit kwsp. Aritu keluarkan utk byr pinjaman study n rumah je. Yg i lestari ni tak buat