Siapa sangka Tahun 2020 merupakan tahun yang paling "tak best". Setuju tak? Suku tahun pertama huda nikmati sepenuhnya dengan setiap bulan pergi berjalan sana sini, kemudian suku kedua amik kau, mereput dalam rumah.. Sedih sangat kan. Part paling tak syok tak boleh balik beraya kat kampung sendiri nun jauh di selatan. Namun, jangan kita turutkan emosi jer, kena rasional gak kan, dek kerana wabak Covid 19 kita semua kena belajar SABAR....
Raya tahun ni, turn huda balik raya kampung sendiri di Johor. Feel raya bersama parent sendiri dan adik beradik sendiri memang takkan sama dengan family mertua kan? Of course tahun ni looking forward sangat nak balik beraya, makan juadah raya masakan mak.. Namun, semua tu tinggal impian jer. Raya tahun 2020 balik kampung encik suami, sebab PM bagi beraya dalam negeri sahaja, rentas daerah sahaja di benarkan.
Mood beraya pun takde sangat, jadi balik kampung pun lewat. Pukul 6 baru gerak ke Kijal dari Kuala Terengganu pada 30 Ramadan lepas. Sampai Kijal, pukul 8 malam dah masuk malam 1 Syawal. Berbuka dalam kereta sahaja, tapau roti john jer. Sedih kan berbuka akhir Ramadan hanya Roti John.. Kalau di Johor ni, penuh sangat meja hujung puasa ni, jiran dan sedara mara terdekat bertukar juadah makan.
Sebak juga hati ni... namun kena belajar bersyukur. At least boleh juga balik kampung belah suami. dari terperangkap dalam rumah sendiri time2 raya lagi sadis kan...
Sampai Kijal... tiada mood raya sangat. Anak-anak sampai rumah Ki diorang, main PS4. Tiada pelita..tiada bunga api.... Tak macam malam raya pun... Huda nak iron baju raya pun tak semangat malam syawal hari tu. Keesokan lepas subuh baru iron baju, mandi sunat Aidilfitri dan bersedia solat sunat hari raya berjemaah.
Gugur Air Mata Syawal
Awalnya takde rasa sedih ke apa, namun bila dengar satu demi satu kalimah takbir raya yang di ucap oleh encik suami, terbayang wajah Abah..terngiang-ngiang suara Abah dan adik beradik lelaki lain yang bertukar turn baca takbir raya. Terbayang juga wajah mak dan adik beradik perempuan lain yang lengkap bertelekung nak solat sunat hari Raya... then slow slow mata berair dan air mata mengalir ke pipi.
Mujur si adik tak tegur kenapa mama nangis.. kalau tak segan juga dengan adik ipar dan mak mertua yang duduk bersebelahan..
Beraya dengan Normal Baharu
Lepas selesai solat sunat hari raya, bersalaman sesama ahli keluarga. The Arifs paling syok, yerlah awal pagi syawal dah pegang duit raya beratus.
Lepas sesi photoshoot , kami gerak ke rumah Moyang The Arifs yang jarak lebih kurang 5 km dari rumah Ki The Arifs.
Sampai rumah moyang, semua tidak bersalaman, cukup body gesture tanda hormat. Dah gaya orang Jepun dah masing-masing kan.
Hanya duduk borak-borak dan still menjaga penjarakan sosial.
Kemudian sesi Video Call bersama ahli keluarga yang jauh nun di mata.
Pada pukul 10 pagi, sesi video call belah keluarga mertua di mana ada dua keluarga di KL yang tak dapat balik beraya di Terengganu.
Pada pukul 10.30 pagi , sesi video call family huda pula. Ada yang di Putrajaya, Shah Alam, Mesir dan mak abah serta adik beradik lain yang menetap di Johor.
Walau rasa tak puas jer beraya dengan video call, namun okay lah pengubat rindu. Semoga Hari Raya Haji bulan depan , dapatlah balik kampung... homesick sudah ni..
behind the scene. Lepak buat VC di beranda rumah Moyang The Arifs di Kijal, Terengganu.
PM kita bagi beraya 1 Syawal jer kan, jadi petang lepas asar kami anak beranak bergerak balik ke kediaman kami di Kuala Terengganu. Syukur, dapat juga menikmati 1 Syawal di kala PKPB ni..
Duit Raya The Arifs
Masa awal-awal PKP dah inform The Arifs nanti takde dah raya berkunjung sana sini, dan tak balik kampung Johor tahun ni. Diorang punya lah sedih, kecewa lah tu tak boleh collect duit raya banyak-banyak! Aduhai anak...
Huda sebagai ibu mithali , tahun ni rekod tau bagi duit raya paling banyak! Itu sahaja mampu buat mereka gembira di Pagi satu syawal.
Total duit raya cash yang The Arifs dapat campur dengan mak dan ayah sedara transfer online, beratus-ratus lah gak. 10% dari duit raya, huda bagi beli mainan yang diorang nak, dan selebihnya terus di simpan dalam akaun diorang. Tak nak pegang lama-lama duit raya diorang ni nanti terguna, pastu nak kena ganti pulak.
Sekian coretan memori Syawal 2020 untuk kenangan di kemudian hari.
Memori Syawal 2020 korang macamana?
16 Comments
Duit raya online,
Video call raya