Lupa Beri Salam Masa Nak Masuk Rumah? Ini Akibatnya...


Assalamualaikum... ucapan keramat yang harus di ucapkan setiap kali sebelum kaki kita melangkah masuk ke rumah sendiri mahu pun ke rumah orang lain. Alamak! Terlupa lah nak beri salam sebelum masuk rumah tadi! Nak tahu apa akibat nya? Teruskan membaca sampai habis yer artikel ini.

Lupa Beri Salam Masa Nak Masuk Rumah? Ini Akibatnya...


Jika kita terlupa memberi salam, ada satu golongan syaitan yang di beri nama "Dasim" akan bertenggek di bahu kita dan turut masuk ke dalam rumah kita.

Mereka akan bersorak gembira kerana mereka ada tempat tinggal iaitu di dalam rumah kita.

Lebih teruk lagi mereka turut serta melakukan aktiviti bersama kita di dalam rumah seperti makan seandainya kita terlupa mengucap "Bismillah"


Petanda Rumah Di Ganggu Syaitan Dasim



Berikut adalah petanda yang di dalam rumah terdapat gangguan Dasim yang telah ikut masuk sekali ke dalam rumah kerana kita terlupa memberi salam..

  • SELALU BERGADUH. 
    • kerap berlaku pertengkaran antara suami isteri, dan juga anak-anak. Selalu perselisihan faham, dan membesarkan isu yang kecil sehingga bergaduh.
  • BERFIKIRAN NEGATIF
    • melihat setiap perkara dari sudut negatif. Contohnya, suami membaca mesej dengan muka tersenyum di tuduh curang. Prasangka buruk dan was-was tentang banyak perkara sehingga stress. 
  • BERLAKU MAKSIAT
    • Tidak segan silu untuk menonton video pornografi atau melihat gambar yang tidak menutup aurat. Selain itu berat untuk menunaikan solat dan amalan lain serta keadaan rumah terbiar tidak terurus.  
  • SOLAT TIDAK KHUSYUK
    • Petanda gangguan Dasim ketika solat tidak khusyuk dan sering terlupa rakaat solat. 

Sangat menakutkan bila dalam rumah kita ada gangguan syaitan Dasim ni, akibat kita terlupa memberi salam, dia pun ikut masuk sekali. Jadi pastikan lepas ni jangan lupanya memberi salam ketika masuk.

Cara Mengusir Syaitan Dasim Keluar Dari Rumah


Jangan khuatir, jika kita rasa tak tenang kerana risau gangguan syaitan Dasim ini mengganggu keharmonian rumah tangga kita, boleh ikut cara-cara berikut :- 

  • SEGERA MINTA MAAF 
    • Apabila bergaduh dan berselisih faham minta maaf dengan kadar segera. Jangan terlalu ego menanti siapa salah dan siapa yang patut minta maaf dahulu.
  • MEMBACA DOA
    • Terapkan rutin membaca doa harian seperti doa makan, doa masuk tandas dan doa melihat cermin
  • ISTIGFAR 
    • Apabila fikiran negatif mula menganggu emosi, perbanyakkan istigfar dan juga solat taubat. 
  • SOLAT & ZIKIR DI BILIK KOSONG
    • Bilik kosong dalam rumah jangan dibiarkan terutamanya yang mempunyai katil dan selimut sebab jin / syaitan suka menyorok di dalam selimut. Rasulullah berpesan sebelum naik ke atas katil , tepuk bantal serta libas selimut dahulu . Di galakkan melakukan solat dan berzikir di dalam bilik yang tidak berpenghuni.
  • BACA AL-QURAN
    • Syaitan tidak suka dengan alunan bacaan Al-Quran. Hidupkan aura Al-Quran di dalam rumah kita. Buat jadual membaca Al-Quran, bersahabat dengan Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu mukjizat Nabi SAW yang di wariskan pada kita. 
InshaAllah, semoga usaha kita mengusir syaitan dari rumah kita berjaya. Usaha ini harus dilakukan dengan kerap.
Jika risau terlupa lagi nak masuk rumah beri salam, huda sarankan tulis ayat di bawah dan tampal di pintu rumah. Semoga lepas ni kita takkan terlupa lagi!


Assalaamu'alaina wa'ala 'ibaadillaahish shoolihin. 

(Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh).

.Amalkan juga doa masuk rumah. Semoga pintu keberkatan dan rahmat Allah sentiasa bersama kita sekeluarga. Selamat beramal. 

9 comments:

  1. Thanks huda,, perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  2. artikel bermanfaat..baca sambil dapat ingtkan diri juga

    ReplyDelete
  3. Terima kasih huda utk perkongsian. Memang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Bila selalu amalkan baca sekurangnya Basmallah InsyaaAllah tak lup sebab bila tak baca rasa macam.ada terlupa sesuatušŸ˜Š

    ReplyDelete
  5. Baru FIL cerita pasal syaitan Dasim ni. Thanks sis berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah perkongsian yang bagus
    banyak ilmu dapat nih

    ReplyDelete
  7. Insyallah.. Bila amalkan selalu kita tak lupa semua tu

    ReplyDelete
  8. Nice sharing..Salam kenal ya^^

    ReplyDelete
  9. Thank you sharing Huda. Sangt bermanfaat

    ReplyDelete