Dah Boleh Solat Kat Masjid Bermula Esok!


Alhamdulillah, syukur. Esok boleh dah lepaskan rindu nak solat di masjid. Rezeki  nak jejakkan kaki ke Masjidil Haram masib belum sampai, namun rezeki dapat jejakkan kaki kat masjid yang berdekatan dengan rumah sendiri pun huda dan cukup bersyukur. Last solat di masjid 3 bulan lepas, dan hati ini meronta nak pergi masjid semula. Solat di masjid, rumah Allah rasanya takkan sama kita solat di rumah. Rasa lebih tenang dengan suasana masjid yang mendamaikan jiwa. 



Seluruh Masjid & Surau di Terengganu dibenarkan dibuka mulai 12 JUN 2020 dengan SOP ketat sepanjang tempoh PKPP.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid serta surau bermula 12 Jun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, kebenaran itu diberikan selepas mendapat pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau :-

“Ia juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan kerajaan, maka kita bersetuju untuk memperluaskan kebenaran solat Jumaat kepada semua masjid dalam negeri Terengganu.
“Kita juga membenarkan solat fardu lima waktu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau pada tarikh yang sama iaitu 12 Jun atau Jumaat ini,” 

Mengulas lanjut beliau mengatakan, bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut ruang keluasan setiap masjid dengan mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti berikut :- 
  • Susunan antara ahli jemaah yang terdiri daripada anak mukim mesti dijarakkan satu meter.
  • Individu yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema serta mereka yang mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan hadir.
  • Kanak-kanak berumur lima belas tahun ke bawah dan warganegara asing juga dilarang hadir,” katanya.
  • Semua yang hadir juga hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid setelah selesai solat.
  • Ahli jemaah juga mesti membawa sejadah sendiri dan berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan surau
  • Bagi memastikan aliran pengudaraan di dalam ruang solat, pihak masjid membuka semua jendela dan menggunakan kipas angin sahaja.




Huda paling teringin nak masuk dan solat dalam masjid terbaru di Terengganu ni.
kredit gambar : Amazing Terengganu


Semoga ada kelonggaran pergi masjid ni, luangkan sedikit masa kita untuk bersujud di rumah Allah. Sesungguhnya sangat mulia amalan pergi masjid ni. 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda,

“Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau petang”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Post a Comment

7 Comments

Ai said…
Syukur Alhamdulillah. Surau kat RnR pun dah dibuka kan?
Alhamdulillah syuku Ya Allah. Dapat jugak pergi dan bersolat kat masjid. Syahdu rasa kan Huda kan. Lama betul tak jejak kaki kat Masjid.
Mas FVOME said…
alhamdulillah .tapi surau kat kg sy belum boleh lg..insyaAllah bakal menyusul nnti
marsha said…
Alhamdulillah....marsha teringin nak solat kat masjid seberang takir ni....nanti nak cuti-cuti Malaysia kat sana
Nadia Johari said…
Alhamdulilkah.. Penting masa solat bawk telekung dan sejadah sendiri
UplayOnline said…
alhamdulillah .tapi surau kat kg sy belum boleh lg..insyaAllah bakal menyusul nnti คาสิโนออนไลน์