Bagaimana untuk Tenangkan Diri Dengan Teknik SELF HEALING




Dalam hidup kita ujian bertandang satu demi satu, cabaran hidup silih berganti selagi nyawa dan jasad bersatu. Ada kala kita kuat, ada masa kita rapuh di telan emosi dan hasutan syaitan yang membisik kata-kata negatif di benak fikiran kita. Mahu mencari ketenangan jiwa yang serabut dengan teknik "SELF HEALING" ? Teruskan membaca artikel ini, huda akan kongsi bagaimana teknik self healing ini

Bagaimana untuk Tenangkan Diri Dengan Teknik SELF HEALING

Biasanya bila mengadu kita sedih atau ada masalah, perkataan yang keluar dari orang lain yang menasihati kita adalah SABAR. 

Perkataan yang sangat mudah di sebut namun sangat sukar di praktikkan , betul tak??

Emosi sedih, kecewa, marah dan seangkatan dengannya sangat berat. 

Tidak cukup hanya bersabar... dan nasihat sama berulang kali dari orang lain supaya kita kuat dan sabar tidak mampu mengubat jiwa yang sakit dan terasa sangat berat bebannya. 

Diri kita sendiri kena " SELF HEALING" 

Sesungguhnya pada hakikat orang lain tidak mampu mengawal serta mengubati jiwa kita namun sebaliknya kita sendiri harus merawat serta memulihkan diri sendiri.

Bagaimana untuk Tenangkan Diri Dengan Teknik SELF HEALING? 

Luang masa sendiri dan hadam teknik di bawah satu persatu
  • Buka hati seluas langit dan bumi untuk FAHAM konsep “UJIAN ALLAH”. Tiada sesuatu pun perkara berlaku di dunia ini sia-sia. Allah aturkan segalanya penuh dengan hikmah. 
  • Berusaha untuk BELAJAR “ILMU ALLAH”. Ilmu mengenal Allah melalui ceramah agama, bacaan hadis, tafsir Al-Quran. 
  • Latih akal untuk berfikir rasional bukan emosional. 
  • Latih hati untuk sentiasa bersyukur. Kita hilang sesuatu, Allah ganti sesuatu. Fokus apa yang kita ada untuk lebih bersyukur dan elakkan melihat serta membanding beza rezeki orang lebih dari kita. 
InshaAllah.. Dengan teknik SELF HEALING ini kita akan jalani kehidupan yang penuh onak duri dan ranjau ini dengan penuh rasa syukur, rasa kehambaan dan tawakal. Bukan semua perkara kita mahu kita dapat, kerana kita tidak pernah tahu adakah hari esok itu milik kita. Sesungguhnya hidup kita penuh ketidak pastian. 

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”




1 comment: