Tragedi Arif Luka Berdarah di Kelopak Mata...



Oh My Arif ......
First time berlaku minor accident dalam rumah sendiri yang buatkan jantung mama terhenti seketika. Tragedi yang berlaku 19 April yang lalu, takkan dapat dilupakan sampai bila-bila...


Arif siap kerja sekolah 11.45 am. Awal 15 minit dari jadual homeschooling dia.
Si adik masih struggle siapkan math equation task di sebelah work station papa di ruang depan rumah.
Mama pula buzy nak siapkan lauk lunch kat dapur.

Arif masuk dapur dan tanya...

mama lama lgi ke masak?
Saya dah siap homework...
Saya nak main boleh?

Tengah sibuk nak memasak..mama jawab... 

 okay..pergi lah main sendiri dulu.
 Adik tengah belajar lagi jangan kacau adik.


Arif pun masuk bilik dia. Buat akrobat pusing2 badan atas katil. Memang favourite dia buat camtu. Kali ni dia bersendiri, tiada siapa jadi  pemerhati.

11.50 am 
Si adik meluru masuk dapur dengan nada cemas...

Mama!!! Abang darah...banyakkkkk.

Tangan tengah pegang sudip, tengah nak ceduk sayur atas dapur. Terus berlari ke bilik Arif...

Allah. Darah banyak kat baju. Luka kat atas mata.

Terus pergi cari handyplast. First thing fikir nak cover luka.

Pergi dekat2 Arif, luka besar.. tak cukup cover dengan handyplast sahaja.

Panik!!! Terus jerit...

 PAPA!!!
Tengok ni Arif darah kat mata...

Tersentak papa yg tengah sibuk siapkan kerja dia.

Then cut story short...
Pukul 12 Papa bawa Arif pergi klinik dan doktor cuci luka, dan gam luka. Total caj klinik RM90.

Dr kata, Alhamdulillah syukur luka tak kena kat mata... syukur ya Allah. Allah uji sesuatu yang kami  mampu tanggung dan sesungguhnya musibah kecil tanda Allah nak elakkan musibah besar.
.
Allah..... semoga kami dapat hikmah disebalik apa yang berlaku hari ni.

Post a Comment

1 Comments

Ammar said…
Ya Allah..kesiannya....sedih tengok..semoga cepat sembuh lah ya.