Pandemik Covid 19 yang melanda telah memberi pengalaman baharu kepada semua orang, tak kira di mana kita berada. Betul tak?? Hari ni huda nak kongsi pengalaman yang huda teruja nak tulis dan berkongsi dengan pembaca blog huda. Dengan izin dan persetujuan adik huda yang baru sahaja mendarat ke Malaysia dari Mesir , huda kongsi pengalaman beliau bersama suami merentas negara dari Mesir ke Malaysia.
Pengalaman Merentas Negara Ketika Pandemik Covid 19 | Mesir ke Malaysia
Keputusan untuk Pulang Ke Malaysia
Dengan situasi yang agak mencabar duduk di negara orang jauh dengan keluarga akhirnya keputusan untuk pulang Malaysia sepakat di buat kami suami isteri pada 20 hb Mei yang lalu. Keputusan untuk pulang ke Malaysia atas sebab kuliah di Universiti pun telah ditangguhkan berbulan-bulan lamanya, dan tahap keselamatan yang tidak pasti. Informasi dari sumber travel agent yang sah memberitahu ada chartered flight pada awal Jun. Limited seat dan kena berebut jugak yer nak dapatkan tiket balik ke Malaysia ni...
Perjalanan Pulang ke Malaysia
Chartered flight ( Air asia X ) | Kos Tiket One Way
Since flight ni chartered, mesti boleh expect the price akan double kan? Yes! Tiket one way dari Cairo International Airport ke KLIA2 berharga RM 3250 , normal price biasa range RM 1600 - 1700. Urusan pembelian tiket dengan agensi Zara Zakiah Education Sdn.Bhd
27 Mei 2020
Semua bakal penumpang wajib buat check up dan dapatkan pegesahan doktor dari Mesir. Ia sebagai bukti yang bakal penumpang dalam keadaan sihat dan tiada masalah kesihatan.
Flight full seated...
SOP naik kapal terbang yang agak longgar, lebih baik kalau ada penjarakan sosial kan?
Permandangan muka bumi Mesir ( padang pasir) dari tingkap kapal terbang.
Makanan dalam Flight Air Asia X
SOP untuk Penumpang Luar Negara yang Tiba di Malaysia
Sumber : Al - Jazeera
Covid Screening dan Swab Test
Kemudian beratur dan serahkan borang yang telah di isi di dalam flight tadi kepada petugas KKM.
Kami juga harus mengisi satu lagi borang untuk tahu status kesihatan( jika ada simptom demam/ batuk atau any covid symptoms) .
Jika ada simptom akan terus di bawa ke wad di Hospital Sungai Buloh. Ketika pemeriksaan tempoh hari ada juga penumpang yang di bawa terus ke hospital.
Sakit ke Swab Test Covid 19 ?
Next ke Pusat Kuarantin
Antara makanan yang diberi dalam Goodies Bag dari Travel Agent
Kit dari KKM - Sanitizer dan face mask
Huda doakan walau di mana korang berada, Allah perlihara dari wabak Covid 19 durjana yang meragut kebebasan kita semua dan one fine day everything will be okay...Amin...
15 Comments
Semoga mudahkan urusan