Mudah yer Nak Tunaikan Zakat Secara Online melalui EZakatpay dan Aplikasi E-Wallet

zakat fitrah selangor

Salam 16 Ramadan 1441 H. Alhamdulillah, syukur nikmat rezeki dapat berpuasa di bulan Ramadan tahun ni. Pastinya Ramadan di tahun ini akan kita ingat sampai akhir hayat kerana tahun ni merupakan tahun ujian yang penuh hikmah iaitu wabak pandemik COVID-19. Kita semua harus biasakan "Normal Baharu" . Hari ni huda nak kongsi satu amalan normal baharu yang semua harus ambil tahu dan laksanakan iaitu menunaikan zakat melalui atas talian termasuk juga membayar Zakat Fitrah. Biasa setiap tahun ketua keluarga akan pergi ke masjid, namun tahun ini, ketua keluarga hanya perlu duduk di rumah sahaja dan boleh menunaikan zakat dengan mudah, semua di hujung jari. 


Hukum Membayar Zakat Fitrah Online



Setiap kali bulan Ramadan, ketua keluarga keluar ke masjid , berjumpa Amil untuk menunaikan Zakat Fitrah untuk ahli keluarga. Namun tahun ni tiada akad , tiada amil. Huda tahu, ramai juga yang keliru tentang  hukum membayar zakat fitrah secara online ni. Jom kita sama-sama berkongsi ilmu ini. 

  • Zakat adalah ibadah yg tidak disyaratkan akad. Perkara yang wajib dilakukan oleh pembayar adalah berniat  menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kepada amil atau terus kepada asnaf.
  • Zakat adalah termasuk dlm kategori tabarru' (derma/sedekah). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.
  • Ia berbeza dengan akad mubadalah (pertukaran) seperti bai', jual salam, mudharabah dan lain-laim. Akad atau lafaz ijab dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.
  • Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.(Rujukan: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)
  • Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Rujuk: Raudah al-Thalibin,5/365-366)

Jom Tunaikan Zakat Secara Online



Terdapat banyak cara untuk menunaikan pembayaran zakat secara atas talian antara nya :- 

1) EZakatPay


Mudah sahaja, dengan 3 langkah iaitu : - 

  • Imbas QR Code di atas atau layari https://fpx.zakatselangor.com.my
  • Isi dan lengkapkan maklumat diri
  • Buat Pembayaran zakat

2) Aplikasi E-Wallet 


Terdapat 2 pilihan untuk membuat pembayaran zakat melalui aplikasi di telefon pintar iaitu :- 
  • GoPayz
  • Boost




Pembayaran zakat secara online memang nampak mudah, namun bagi golongan warga emas yang buta IT mungkin sukar bagi mereka. Jadi generasi muda haruslah membantu dengan kemudahan yang ada. Tolong atok bayarkan zakat pun dapat pahala..



Selain Zakat Fitrah yang wajib di tunaikan pada bulan Ramadan, jangan dilupa kewajipan menunaikan zakat-zakat harta yang lain yang sudah memenuhi syarat kewajipan zakat.  Antaranya Zakat Family dan juga Zakat Perniagaan. 

Baca DISINI untuk maklumat lanjut tentang ZAKAT FAMILY 








Elektronik Zakat Online (EZO)


Lembaga Zakat Selangor ( LZS)  memudahkan pembayar zakat untuk menyemak cetak salinan bayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) bagi mereka yang nak tunaikan zakat bagi diri sendiri dan keluarga.
Berita baik  untuk pembayar zakat,    secara automatiknya tersenarai dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan ( boleh rujuk hadiah di poster di atas) . Semoga inisiatif LZS ni dapat menggalakkan lebih ramai pembayar zakat. 

Klik pautan berikut untuk semak 




Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: 

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Oleh sebab itu, sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka jadilah ia zakat fitrah yang diterima. Sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka jadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”
 (Hadith riwayat Abu Daud, No.1609, Ibn Majah, No. 1827, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, No. 7513, al-Daruqutni dalam sunannya, No. 2042)

Selamat menunaikan kewajipan zakat untuk diri dan keluarga dan semoga ia menambah keberkatan dalam hidup kita dunia akhirat...

Post a Comment

16 Comments

SalinaJohari said…
Setuju..kewajipan yang mesti ditunaikan demi keberkatan
Rawlins GLAM said…
Dah makin mudah nie, harapnya takde la yang tak ingat plak kan. Lagi la time duk rumah sepanjang MCO nie, better buat online je kan.
Nokomen said…
Ya memang mudah sangat. Saya pun dah bayar zakat fitrah secara dalam talian. Senang, tak perlu keluar rumah.
ajumohit said…
kami pun dah tunaikan zakat tahun ni, mudah je nak bayar guna e wallet, sekarang semua dah hujung jari je kan
Bae Roslan said…
dah bayar haritu juga online. lepas ni pun bayar online je la senang dan cepat
Farhana Jafri said…
mudah sangat guna apps lembaga zakat ni untuk bayar zakat fitrah. Sekejap je dah settle siap ada statement semua. terbaik!
cc kak fas said…
Lagi tiga hari nak Raya... adakah anda dah tunaikan zakat fitrah.. lebih mudah sekarang jadi jgn lengah2 tau.
Fanahalim said…
Thanks for sharing. Ilmu yang sangat bermanfaat.
Mmg sangat praktikal bila kita boleh bayar zakat atas talian...apatah di zaman pkp ini
RAIHANAH AHMAD said…
terima kasih share info ni. kami pun memang bayar secara online sahaja sekarang ni
Sis Lin said…
Betul tu, tahun ni laaa pertama kalinya suami tunaikan zakat guna online, mula kekok plak nak klik sana klik sini, tapi bila faham dan terus tranfer tu, senang sangat laaa...
It's so good that we can now Tunaikan Zakat Secara Online melalui EZakatpay dan Aplikasi E-Wallet. Yay to all for this easy app
iena eliena said…
Dunia di hujung jari je sekarang kan. Iena da lama da bayar zakat fitrah dan pendapatan secara online walaupun bukan PKP. Sebab mudah siket bayar online tambah lagi utntuk orang yang sibuk memang sesuai bayar online
Mohd Zarin said…
Tu la sekarang ni lebih mudah untuk menunaikan zakat fitrah tak kira apa juga cara. Semuanya dihujung jari saja sekarang ni
Mawardi Yunus said…
Tahun ni semua orang akan buat pembayaran zakat secara online. Thanks for sharing.
Sunshine Kelly said…
Bagu now semua dihujung jari, boleh bayar bila bila masa and anywhere.