Frust yer... Hadiah Raya Untuk Mak Abah Spoil!!!

Raya lagi seminggu jer kan.. Kehangatan raya makin terasa walau takboleh balik kampung, namun jangan dilupa orang tua kita di kampung halaman. Namun ada kisah yang buatkan huda sedikit "frust" hari ni... 


Setelah fikir masak-masak sama ada nak hantar kiriman kuih raya homemade melalui poslaju atau tempah apa2 kuih online yg boleh COD direct kat alamat kampung...akhirnya semalam decide tempah 3 jenis kuih dari dalam group COD makanan di kawasan kampung huda di Muar Johor. 

Selepas buat payment online, huda buat special request nak selitkan nota. Dengan harapan mak abah baca teringat kat anak dia sorang ni yang jauh di timur tanah air. 


Alhamdulillah, seller baik hati. Siap belikan kad dan tulis dengan penuh perasaan (seller gtau..dia bayangkan dia sendiri di tempat huda dan bagi hadiah kat parent dia) 


Namun....konon yer nak hadiah raya ni sampai di tangan mak abah dengan suprise yer hancur berderai... sedih sangat!


Runner baru yang tak biasa hantar barang, lepas tu tak alert yg barang sudah di bayar. 


Sampai ke rumah kampung, runner minta duit. Sian abah kena bayar dengan keadaan blur. Apsal plak kena bayar ni..dah la tak order apa2. 


Kebetulan adik pula keluar rumah beli barang. Bila dia balik baru abah inform kena bayar sekian sekian...


Aduhai..adik pun terus whatsapp huda suruh runner pulangkan duit abah tadi. 


Huda mesej seller dan runner. 
Seller mula lah rasa bersalah. 
Tak sampai hasrat buat suprise hadiah raya gini.. 
Runner pun rasa bersalah. 


Hmm, at first..rasa marah...
Tapi second thought....


Tiada siapa yang sengaja buat silap kan? 


Maafkan seller yang tak alertkan runner pasal kuih raya ni hadiah..tak perlu minta bayaran.


Maafkan runner yang mungkin blur hantar barang banyak sampai tak tahu yg barang huda sudah di bayar. 


Maafkan..dan redha. 


Plan tak jadi. 
Tapi niat huda nak belikan kudapan raya untuk mak abah dah tertunai.
Itu lagi penting kan? 


Drama Nak Raya Musim PKP gini lah.. 
Huda tahu banyak lagi drama yang kurang enak sepanjang musim PKP ni kan...
Apa apa pun...Allah nak ajar kita bersabar. Setiap berlaku ada hikmahnya.


Post a Comment

0 Comments