VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini.
Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya
Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19
adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas
barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi
perjuangan memerangi Covid 19.
Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap
usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat
mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu
yang sukar ini.
Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini,
kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui
saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat
menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian
logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan,
pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di
nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang
bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.
Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur
60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja
untuk diberikan bantuan makanan.
.
“kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. "
.
Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran /
Cik Baizura di nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com
1 Comments