Advertisement

Pertama Kali Order Online dan Pick Up di Kedai Treleaf, Kuala Terengganu

Waktu sekarang,rasanya semua orang sangat takut nak keluar rumah kan. Sebab KKM jangkakan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 pada minggu ni dan minggu akan datang. Stok makanan kat rumah, memang hari tu beli sampai 1hb April jer... Maka, nak tak nak memang haruslah encik suami keluar sebagai ketua rumah untuk beli barangan untuk kami anak beranak survive....


Rezeki...., tengah skroll fb sebelum tidur kelmarin, terjumpa pula annoucement Pasaraya Treleaf di Terengganu buat service order online dan pick up di kedai. Diorang takde buat service delivery. Rasanya cara gini pun dah cukup bagus , dapat ringankan beban encik suami dari  kena pegang list barang yang agak panjang, lepas tu nak mencari pulak satu hal pulak.. Pening kalau tak jumpe... dan stress balik bila salah beli, yer tak? 


Syukur sangat rezeki jumpa offer dari Treleaf ni. Walau huda sangat jarang sekali pergi shopping barang kat sini sebab ada kedai lain yang lagi banyak pilihan barangan, tapi sebab nak mudahkan urusan encik suami, huda pun order jer lah online dan encik suami pergi ambil.  Treleaf pun dekat dalam 6 minit dari rumah kami.


Huda order dalam pukul 12 tengahari, kemudian, staff akan whatsapp jumlah berapa kena bayar. Ada juga barang yang huda order takde stok, staff call tanya kalau nak ubah barang lain.

Alhamdulillah, semua barang yang ditempah secara online dah selamat di ambil oleh encik suami petang tadi. Cukuplah stok untuk kami makan anak beranak. 


Beras biasa huda beli brand murah-murah jer, tapi sebab stok beras dah habis, tinggal brand ni jer dan harga agak mahal. Takpelah yang penting stok beras untuk anak-anak makan ada... 10kg beras, stok beras untuk 2 bulan sampai Ramadan nanti...





Malam terus ON projek buat rencah untuk sebulan. Nak buat nasi lemak esok, alang-alang nak masak sambal, masak banyak terus, dan simpan dalam freezer. Kemudian buat juga rencah untuk mee goreng dan masakan lain yang perlukan lada.

Semoga tempoh PKP berlalu segera... semua orang especially ibu-ibu ni tak tahan nak shopping barang dapur sendiri kat kedai..huhu. Lagi tau, feel dan kepuasan bila dapat pilih sendiri!

Post a Comment

0 Comments