Jom Download Buku Ramadan Untuk Anak - FREE JER!

Ramadan kali ni sangat istimewa kerana anak-anak kita berada 24 jam dirumah dan pastinya ini merupakan peluang terbaik untuk melatih mereka berpuasa dan menghayati keindahan bulan Ramadan. Beberapa hari sebelum puasa hari tu, di rancangan MHI , ada seorang Dr. ni berkongsi mengenai buku beliau istimewa untuk panduan anak-anak di bulan Ramadan. Huda pun terus download di laman web beliau, sebab FREE!! Kalau berbayar mungkin tak teruja pun nak download..hehe.. Sorry bukan kedekut tapi duit cukup2 untuk makanan jer..

Menurut Dr. Azuraida Shahadan , " Buku Ramadhan Saya"  merupakan sebuah buku yang di dalamnya mempunyai beberapa segment. 

Segment Pertama 
Mengandungi maksud pengertian puasa beserta niat dan doa berbuka puasa, yang harus di ajar kepada Anak-Anak sebelum mereka boleh berpuasa.


Segment Kedua
 Mengandungi adalah ruangan khas yang menbolehkan ibu bapa mengenalpasti brapa hari Anak-Anak berjaya berpuasa, dan apakah amalan-amalan kebaikkan harian yang telah mereka lakukan. 

Segment kolum 30 hari amalan harian
Mengandungi checklist  aktiviti harian anak-anak samada telah berpuasa,  telah baca quran dan lain-lain. 
Maka Ibu bapa  dapat menilai di mana kekuatan dan kelemahan anak-Anak kita dan berusaha untuk membaikinya.

Panduan Aktiviti Harian Selama 30 Hari Ramadhan 

Antaranya adalah kompilasi Kisah-Kisah Nabi, Kisah Lailatul Qadar, templete reka sendiri Kad Raya dan Templete reka sendiri Sampul Raya! 

Kesemua aktiviti menarik ini mampu mencungkil daya kreativiti anak anak kita.
Alhamdulillah, dengan adanya buku ni, dapat beri panduan untuk Huda sendiri sebagai ibu dalam membimbing The Arifs menempuh bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini

Dapatkan Buku Ramadan ini secara percuma di pautan berikut
https://jomkongsiilmu.onpay.my/order/form/bukuramadhansaya

Selamat Berpuasa! 

Post a Comment

0 Comments