Travelog Sabah Part 9 | JJCM Kundasang di BW Bus dan Puteri Nabalu


Travelog episod kali ni huda nak kongsi tempat makan best yang huda kunjungi di Kundasang. Asyik jalan2 amik gambar jer kan, jom kita jalan jalan cari makan pula..


Jalan- Jalan Cari Makan di Kundasang - Lunch di BW Bus



Lokasi makan tengahari kami di Kundasang adalah di BW Bus. Satu pengalaman yg unik dan menarik bila kaki sekeluarga dapat merasai sendiri makan dalam bas. Sebelum ni hanya tengok di kaca TV dan di laman sosial jer. 



Untuk masuk ke sini ,walau pun korang xnk makan sekadar bergambar pun kena bayar yer. Tak kisah sama ada dewasa atau kanak-kanak, kos entrance fee ke sini adalah RM5. Maka total kos kami di sini RM20. 
Tapi agak rugi lah kalau datang sini tak makan,sebab tiket ni boleh redeem dgn makanan. 


Kami datang sini memang untuk lunch. 
Lepas tengok menu makanan dan kami pilih untuk set menu lunch yg berharga RM19 setiap set. Cukup order dua jer. Share dengan The Arifs.



Sementara tunggu makanan di hantar, kami pun bergambar dalam bas untuk kenangan. Layankan Arif nak 'bawa bas'..hehe


mama jadi penumpang jer.. mama memang tak suka driving...


Review Set Menu Lunch di BW Bus



SEDAP!! Sangat sedap. Hidangan lengkap dengan side dish dan lauk yg cukup rasa dan portion yg cukup untuk kami makan nak beranak. 

Set pertama ,lamb black pepper.
Daging kambing yang lembut, cukup rasa dan sedap sungguh dan xde lah berbau lambing sangat. 

Set kedua Chicken Garlic pun sedap. Sesuai untuk The arifs makan sebab tak pedas. 
Huda pasti akan rindu nak makan kat sini lagi!



Total kos lunch di sini RM 38. Berbaloi lah, bukan selalu dapat makan dalam bas di Kundasang.. 

Alhamdulillah muka happy, perut kenyang senang hati!

Jalan- Jalan Cari Makan di Kundasang - Dinner di Puteri Nabalu





Sebelum check in di lokasi penginapan kedua di Kundasang, kami singgah untuk dinner dahulu di Puteri Nabalu. 


Cantik dan sangat selesa restoren ni. View di sini pun sangat cantik. Terpesona tengok panorama Gunung Kinabalu di waktu senja. 


Hari kedua di Kundasang memang huda nikmati permandangan indah dari seawal matahari terbit sampai lah matahari terbenam. Alhamdulillah, cuaca sangat elok sepanjang hari di sini.

Okay ,datang sini nak makan yer bukan layan view semata..hehe..haish, kundasang ni cantik sangat lah! Memang tak puas..

Mee Goreng Mamak RM 10.80

Belek2 menu makanan di sini. Tak terasa lapar sangat. Jadi order menu untuk si adik Mee goreng mamak, si abang Arif pula makan set menu kid, burger set. Huda dan suami kongsi jer makan soto. 


Kids Menu - Chicken Burger Set RM 6.00

Bila sampai jer semua menu , agak kepelikan soto di sini. Macam sup sayur jer..huhu. kosong takde nasi impit macam soto kat Johor. 

Soto Ayam RM 10.80


Total kos dinner di Puteri Nabalu adalah RM 30.40 ( Termasuk 3 cawan skyjuice ) . Overall sedap lah jugak makan kat sini, dengan restoren yang selesa. Kalau korang ke sini, huda memang rekemen singgah makan kat sini. Tapi bertabah lah tunggu agak lama gak.. 




~ Nak jalan-jalan cari makan kat Sabah? 

Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!

No comments