Travelog Sabah Part 4 | Kinabalu Park


Kinabalu Park merupakan Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Ia juga Pusat Kepelbagaian Tumbuhan untuk Asia Tenggara. Di Kinabalu Park terdapat lebih daripada 5,000 spesis tumbuhan vaskular dan juga menjadi habitat kepada 90 spesies mamalia yang hidup di darat dan banyak lagi keunikan flora dan fauna di sini. 

Apa yang Menarik di Kinabalu Park?


Daya tarikan utama di sini semestinya Gunung Kinabalu yang mengagumkan, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter.

Di sini juga ada monumen peringatkan Kinabalu Earthquake . Insaf... Allah yang berkuasa atas segala sesuatu...




Kami berpeluang menjejakkan kaki ke check point pertama iaitu Timpohon Gate.

Di sini The Arifs dapat tahu sedikit info tentang trail untuk naik ke atas Gunung Kinabalu. Diorang sebenar nya tak puas hati sebab kami singgah di check point pertama sahaja. hehe... hiking bukit yang rendah2 pun diorang dah tak larat, ada hati nak naik sampai puncak Kinabalu..


Di Timpohon Gate ni, kami menikmati pemandangan indah yang mendamaikan. Ketika kami tengah syok bergambar ada seekor tupai melompat ke sana sini. Comel sangat, dapat tengok secara dekat. 





Kami juga dapat lihat malim gunung yang berusaha mengangkat barang naik ke Gunung. Fuh, hebat betul lah diorang ni.

Di sini juga terdapat kemudahan kedai untuk pendaki membeli barang keperluan. 




Kinabalu Park Entrance Fee 


Nak masuk ke Kinabalu Park perlu bayar entrance fee RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Murah jer kan? Kalau korang plan nak ke Poring Hot Springs boleh gunakan tiket ni dengan syarat hari yang sama. Kami tak sempat nak pergi pun ke sana, maybe trip next time, InshaAllah


Alhamdulillah, salah satu check list nak jejakkan kaki ke Kinabalu Park dah tercapai. First visit ni, kami bergambar jer lah dan nikmati permandangan yang sangat indah. InshaAllah masa akan datang, The Arifs dah besar sikit boleh bawa diorang hiking di trails di Kinabalu Park ni. 



~ Nak jalan-jalan sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!




Post a Comment

0 Comments