Lokasi Culvert View ni agak mencabar juga nak sampai. Mujur kami travel bersama driver dari NH Travel yang sudah mahir selok belok jalan di Kundasang. Kalau kami drive sendiri ke sini entah jumpe ke tidak..hehe. Nak masuk ke sini jalan kecil dan curam hampir 90 darjah. Fuh.. memang nervous tau sepanjang kat Kundasang ni, jalan semua curam-curam. Namun semua itu berbaloi dengan view yang sangat-sangat cantik!
Aktiviti di sini adalah...bergambar dan bergambar sampai korang puas!
Ketika sampai di sini, The Arifs kepenatan sudah berjalan di Desa Dairy Farm, dan diorang tak nak ikut Huda naik tangga ke Culvert View. Maka hanya huda dan suami sahaja bergambar sakan kat sini. The Arifs stay dalam kereta bersama encik driver. Itu yang best travel dengan NH Travel ni, ada driver yang sangat baik dan The Arifs pun selesa dengan beliau.
Selepas parking kereta di parking area, kena naik tangga . Mujur bawa tripod, boleh la bergambar dengan gembira. #NHTRAVEL sentiasa di bawa ke mana-mana!
Lokasi Bergambar yang Menarik di Culvert View
Bergambar di "culvert" yang di transform menjadi chalet berwarna warni yang unik.
Red is my color!
Bergambar camni teringat kat Sky Mirror
Naik ATV.
Pose ala gaya mak datin, hehe...
With my other half.
Bergambar dengan bingkai pintu berwarna warni dan berbunga-bunga
Pintu suka hati...hehe..
Tangga ke langit ke 7
Harga Masuk ke Culvert View

Pengunjung walk-in dialu alukan untuk masuk di sini dengan tiket fee berharga RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak. Tiket ni di gunakan untuk redeem minuman atau ice cream di sini.

Nak stay di sini pun boleh, huda tak pasti berapa rate di sini. Korang boleh hubungi terus Culvert View untuk maklumat lanjut dan tempahan :-
🔸️ FB Page: Culvert View
🔸️ E-mail: culvertview@gmail.com
🔸️ Booking Contact:
Call / whatsapp +60168324872
🔸️ Booking during office hours :
🌻️ Monday - Friday
🔸️ E-mail: culvertview@gmail.com
🔸️ Booking Contact:
Call / whatsapp +60168324872
🔸️ Booking during office hours :
🌻️ Monday - Friday
- 8:30am - 12:30pm
- 1:30pm - 5:30pm
🌻️ Saturday
- 8:30am - 12:00pm
~ Nak jalan-jalan sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!
0 Comments